Philips BDP3280 user manual

Page 52

WM-DRM untuk memindahkan atau memainkan Kandungan Selamat. Sekiranya keselamatan Perisian WM-DRM telah terjejas, pemilik Kandungan Selamat (“Pemilik Kandungan Selamat”) boleh memohon supaya Microsoft membatalkan hak Perisian WM-DRM untuk menyalin, memaparkan, memindahkan dan/atau memainkan Kandungan Selamat. Pembatalan tidak mengubah keupayaan Perisian WM-DRM untuk memainkan kandungan yang tidak dilindungi. Satu senarai Perisian WM-DRM yang telah dibatalkan akan dihantar ke komputer anda apabila anda memuat turun lesen untuk Kandungan Selamat daripada Internet. Microsoft juga mungkin, bersama dengan lesen tersebut, memuat turun senarai pembatalan ke dalam komputer anda bagi pihak Pemilik Kandungan Selamat. Pemilik Kandungan Selamat juga mungkin menghendaki anda meningkatkan beberapa komponen WM-DRM yang diedarkan dengan Perisian ini (“Peningkatan WM-DRM”) sebelum mengakses kandungan mereka. Apabila anda cuba memainkan kandungan sedemikian, Perisian WM-DRM yang dibina oleh Microsoft akan memaklumkan kepada anda bahawa Peningkatan WM-DRM diperlukan dan kemudian akan meminta persetujuan anda sebelum Peningkatan WM-DRM dimuat turun. Perisian WM-DRM yang digunakan oleh pihak ketiga mungkin akan melakukan perkara yang sama. Sekiranya anda menolak peningkatan, anda tidak akan boleh mengakses kandungan yang memerlukan Peningkatan WM-DRM; walau bagaimanapun, anda masih boleh mengakses kandungan yang tidak dilindungi dan Kandungan Selamat yang tidak memerlukan peningkatan.

6.Perisian Sumber Terbuka. (a) Perisian ini mungkin mengandungi komponen yang tertakluk kepada syarat sumber terbuka, seperti yang dinyatakan di dalam dokumentasi yang disertakan bersama Peranti. Perjanjian ini tidak terpakai kepada perisian ini seperti itu. (b) Hak lesen anda di bawah Perjanjian ini tidak termasuk sebarang hak atau lesen untuk menggunakan, mengedar atau menghasilkan kerja-kerja terbitan Perisian ini dalam sebarang cara yang boleh mendedahkan Perisian kepada Syarat Sumber Terbuka. “Syarat Sumber Terbuka” bermaksud syarat sebarang lesen yang secara langsung atau tidak langsung (1) mewujudkan, atau bertujuan untuk mewujudkan, obligasi bagi Philips berhubung dengan Perisian dan/atau kerja-kerja terbitannya; atau (2) memberi, atau bertujuan untuk memberi, mana- mana pihak ketiga sebarang hak atau kekebalan di bawah hak harta intelektual atau hak tuan punya dalam Perisian atau kerja-kerja terbitannya.

7.Penamatan. Perjanjian ini akan berkuat kuasa apabila Perisian dipasangkan atau digunakan buat pertama kalinya dan akan ditamatkan (i) mengikut budi bicara Philips, akibat kegagalan anda mematuhi mana-mana syarat Perjanjian ini; atau (ii) apabila semua salinan Perisian dan bahan berkaitan yang diberikan kepada anda oleh Philips di bawah ini dimusnahkan. Hak Philips dan obligasi anda akan terus kekal walaupun Perjanjian ini ditamatkan.

8.Peningkatan. Philips boleh, atas pilihannya sendiri, menyediakan peningkatan kepada Perisian melalui penyiaran umum pada tapak web atau melalui sebarang cara atau kaedah lain. Peningkatan sedemikian mungkin disediakan menurut syarat Perjanjian ini atau pengeluaran peningkatan sedemikian kepada anda mungkin tertakluk kepada penerimaan anda terhadap perjanjian lain.

9.Perkhidmatan Sokongan. Philips tidak diwajibkan untuk menyediakan sokongan teknikal atau sokongan lain (“Perkhidmatan Sokongan”) bagi Perisian. Sekiranya Philips tidak menyediakan Perkhidmatan Sokongan kepada anda, ini akan ditentukan oleh syarat berasingan yang perlu dipersetujui antara anda dan Philips.

10.Jaminan Perisian Terhad. Philips menyediakan Perisian secara ‘seperti adanya’ dan tanpa sebarang waranti kecuali Perisian akan menunjukkan prestasi sebahagian besarnya menurut dokumentasi yang disertakan bersama Perisian untuk tempoh satu tahun selepas muat turun kali pertama, pemasangan atau penggunaan Perisian, yang mana berlaku dahulu. Liabiliti keseluruhan Philips dan remedi eksklusif anda atas pelanggaran waranti adalah, atas pilihan Philips, sama ada (i) pengembalian harga yang anda bayar untuk Perisian (jika ada); atau (b) pembaikan atau penggantian Perisian yang tidak memenuhi waranti yang dikemukakan di sini dan ia dikembalikan kepada Philips dengan salinan resit anda. Waranti terhad ini akan menjadi tidak sah sekiranya kegagalan Perisian berpunca daripada kemalangan, penyalahgunaan atau pengaplikasian yang salah. Sebarang Perisian gantian akan dijamin untuk baki tempoh waranti asal atau tiga puluh (30) hari, yang mana lebih panjang. Waranti terhad ini tidak terpakai kepada anda sekiranya Perisian disediakan secara percuma kepada anda atas dasar penilaian sahaja.

11.TIADA WARANTI LAIN. MELAINKAN SEPERTI YANG TELAH DIKEMUKAKAN DI ATAS, PHILIPS DAN PEMBERI LESENNYA TIDAK MENJAMIN BAHAWA PERISIAN AKAN BEROPERASI TANPA RALAT ATAU TANPA GANGGUAN, ATAU AKAN MEMENUHI KEPERLUAN ANDA. ANDA MENERIMA SEMUA TANGGUNGJAWAB BAGI PEMILIHAN PERISIAN UNTUK MENCAPAI HASIL YANG ANDA HARAPKAN, DAN BAGI PEMASANGAN, PENGGUNAAN DAN HASIL YANG DIPEROLEH DARIPADA PERISIAN. SETAKAT MAKSIMUM YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG YANG TERPAKAI, PHILIPS DAN PEMBERI LESENNYA MENAFIKAN SEMUA WARANTI DAN SYARAT, SAMA ADA YANG NYATA ATAU TERSIRAT, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA WARANTI TERSIRAT KEBOLEHDAGANGAN, KESESUAIAN BAGI TUJUAN TERTENTU, DAN KETEPATAN ATAU KELENGKAPAN HASIL BERHUBUNG DENGAN PERISIAN DAN BAHAN YANG DISERTAKAN BERSAMA. TIADA WARANTI UNTUK PELANGGARAN. PHILIPS TIDAK MENJAMIN BAHAWA ANDA AKAN BOLEH MEMUAT TURUN, MENYALIN, MENYIMPAN, MEMAPARKAN, MEMINDAHKAN, DAN/ ATAU MEMAINKAN KANDUNGAN SELAMAT.

Image 52
Contents BDP3280 Register your product and get support at在您接駁此 Blu-ray disc/ DVD 播放機之前,請閱讀及明白所有相關指引。 Video Hdmi Hdmi Coaxial Source BD/ BD 3D DVD/VCD/CD Daftar kandungan Sambung dan main Gunakan cakera Blu-ray/ pemain DVD andaTukar tetapan Kemas kinikan perisianGunakan cakera Blu-ray/ pemain DVD anda Kawalan mainan asasPilihan video, audio, dan gambar Pilihan videoPilihan gambar Video DivXPilihan audio Fail Rmvb atau RM Main pertunjukan slaid muzikStandard Bahasa China Cina MudahBonus View pada Blu-ray BD-Live pada Blu-raySediakan rangkaian Mainkan video 3D Blu-rayPenyambung USB pada panel hadapan pemain ini Video YouTube Untuk keluar dari YouTube, tekan Butang TindakanPicasa foto dalam talian Mainkan tayangan slaidGunakan Pautan Mudah Philips Gambar Tukar tetapanBahagian ini membantu anda mengubah tetapan pemain ini Rangkaian pemasangan, status BunyiKeutamaan bahasa, kawalan ibu bapa TV Philips yang tertentu sahaja Pilihan lanjutan keselamatan BD-Live, kosongkan memoriPanel Paparan Ubah kecerahan panel paparan pemain Kemas kini perisian melalui Internet Kemas kinikan perisianKemas kinikan perisian melalui USB Spesifikasi Blu-ray NegaraUSB Menyelesaikan masalah Unit utamaGambar BunyiMain Rangkaian Video 3DNotis keselamatan penting KeselamatanRisiko kejutan elektrik atau kebakaran Risiko litar pintas atau kebakaranJagaan produk anda Amaran kesihatan bagi 3DJagaan alam sekitar Hak cipta Perisian sumber terbukaTanda dagangan Bonusview Boot Linux kernelPage Page No Warranty Busybox, the Linux IR control package and SquashFS DirectFB, glibc, libusb-compat,libusb and mtd-utilsPage Page Page How to Apply These Terms to Your New Libraries IJG Jpeg software decoder WPA SupplicantUnicode Bidirectional Algorithm OpenSSL Page Page CURL Zlib general purpose compression libraryFreetype, a Free, High-Quality, and Portable Font Engine Expat International Components for UnicodeDNS Resolver Getnameinfo, getaddrinfo Libpng SQLite Libxml2 Notis Page
Related manuals
Manual 54 pages 1.7 Kb