Tefal RK401170, RK401171 Memasak dengan permulaan boleh tangguh, Memasak nasi dan masakan ringkas

Page 25

5085592-RICE COOKER:NOTICE YC4 10/11/08 9:48 Page 22

Nota: Apabila memasak beras risotto untuk puding beras susu atau puding pencuci mulut ikut nisbah seperti yang terdapat dalam buku resepi kerana lebih banyak air diperlukan.

Apabila memasak puding beras nasi, gunakan beras risotto Arbario untuk menggantikan beras puding kerana ia lebih cepat dimasak dan memberikan hasil yang lebih baik. Ikut arahan dalam resepi. Jangan masak beras secara langsung di dalam susu kerana ia akan berbuih dan mendidih keluar melalui penutup.

Memasak dengan permulaan boleh tangguh

Adalah tidak mustahil untuk menangguh masa untuk mula memasak. Contohnya ialah mod memasak nasi.

Letakkan bahan-bahan di dalam mangkuk dan pasangkan plug peralatan, tekan kekunci “PRESET” dengan perlahan – Fig. 8, tekan lagi untuk memilih masa penamat yang dikehendaki. Kemudian tekan kekunci “NASI/KUKUS” – Fig. 9. Lampupenunjuk“NASI/KUKUS”akanberkelipselama5saat.Selepas5saatlampu berkenaan akan kekal stabil dan masakan akan dimulakan secara automatik.

Contohnya, pada jam 8 pagi, anda inginkan nasi siap dimasak pada jam 6 petang di mana ia bermakna anda inginkan nasi siap sedia selepas 10 jam, anda hendaklah menekan kekunci “PRESET” sehingga “10” dipaparkan pada skrin paparan, kemudian tekan kekunci “NASI/KUKUS” dan tunggu sehingga lampu penunjuk “NASI/KUKUS” stabil.

Apabila selesai memasak, ia akan bertukar status ke mod kekal panas secara automatik di mana lampu penunjuk “KEKAL PANAS” menyala dan skrin paparan akan menunjukkan “b” – Fig. 11.

Anda boleh menangguh masa memasak daripada minimum 2 jam sehingga ke maksimum 15 jam.

Memasak dengan permulaan boleh tangguh adalah untuk semua jenis mod memasak.

Memasak nasi dan masakan ringkas

Periuk nasi akan menentukan masa memasak bergantung kepada kuantiti air dan bahan-bahan yang dimasukkan ke dalam mangkuk (sila rujuk jadual memasak di atas untuk panduan masa memasak.) Apabila air telah diserap ke dalam nasi, peralatan akan memberhentikan proses memasak secara automatik dan menukar status ke mod “KEKAL PANAS” (lampu merah penunjuk “KEKAL PANAS” akan menyala)

Masa memasak yang diberikan dalam jadual hanyalah anggaran dan sebagai panduan sahaja.

Letakkan peralatan di atas permukaan yang rata, stabil, tahan panas dan jauh daripada percikan air dan sumber haba.

Tuangkan kuantiti beras yang dikehendaki ke dalam mangkuk dengan menggunakan cawan penyukat yang disediakan. Kemudian isikan air sejuk sehingga ke tanda “CAWAN” di dalam mangkuk tersebut. (Sila rujuk kepada panduan memasak di atas) – Fig. 7.

Tutup penutup.

Nota: Sentiasa masukkan beras terlebih dahulu untuk mengelakkan air yang berlebihan.

Periksa sama ada plag peralatan sudah dipasang. Tekan kekunci “NASI/KUKUS” dengan perlahan – Fig. 9. Lampu merah penunjuk “NASI/KUKUS” akan berkelip selama 5 saat. Selepas 5 saat lampu akan stabil dan proses memasak akan dimulakan secara automatik.

Untuk memasak nasi: ia akan merebus nasi selama 14 minit, apabila air disejat keluar dan sistem akan mula mengira 14 minit.

Untuk masakan ringkas: tekan kekunci “RINGKAS” dengan perlahan – Fig. 10. Lampu merah penunjuk “RINGKAS” akan berkelip selama 5 saat. Selepas 5 saat lampu akan stabil dan proses memasak akan dimulakan secara automatik. Ia akan merebus nasi selama 10 minit, apabila air disejat keluar dan sistem akan mula mengira 10 minit.

Apabila selesai merebus, ia akan bertukar status ke mod kekal panas secara automatik di mana lampu penunjuk “KEKAL PANAS” akan menyala dan skrin paparan akan memaparkan “b” – Fig. 11.

Setiap kali selepas penggunaan, kosongkan dan bersihkan pengumpul wap.

22

Image 25
Contents Ref.5085592 Rice Cooker Microcomputer Control box Kotak kawalan Rice Cookernotice YC4 10/11/08 1009 Page C4 Description Clean the applianceUnpack the appliance For all 5 functionsRice Cooking Some recommendations For best results when cooking rice Cooking with delayed startRice and Quick cooking To cook soup Soup CookingMeasuring the ingredients PreparationOn completion of cooking To cook congeeCondensation collector Cleaning and care of the other parts of the appliance Cleaning in a dishwasher ENTaking care of the non-stick bowl 如否, 40 分鐘 甸時, 由 甸時, 用 否則會 , 按 70分鐘, 然 最長 95分鐘。在 複按時間 5分鐘, , 這 會造成 特性, 木制器具, 切 。這 由 Rice Cookernotice YC4 10/11/08 948 Easy cook Rice Cookernotice YC4 10/11/08 948 40-95 Rice Cookernotice YC4 10/11/08 948 Rice Cookernotice YC4 10/11/08 948 Keluarkan peralatan KeteranganCuci peralatan Untuk kesemua 5 fungsiMenyukat bahan-bahan Kapasiti mangkuk yang maksimum Memasak NasiMemasak nasi dan masakan ringkas Memasak dengan permulaan boleh tangguhUntuk memasak sup Memasak SupMenyukat bahan-bahan PenyediaanUntuk memasak bubur Untuk mengukusSetelah selesai memasak Pengumpul wapMenjaga mangkuk tidak lekat Mencuci dengan mesin pencuci pingganMencuci dan menjaga bahagian-bahagian lain peralatan
Related manuals
Manual 2 pages 16.09 Kb