Jabra S5010 manual Malaysia, 5Kawalan S, 6Penyelesaian masalah & Soalan lazim FAQ, 8Keselamatan

Models: S5010

1 26
Download 26 pages 33.94 Kb
Page 22
Image 22
Sambung kepada PC anda

Cas telefon anda apabila bersambung dengan Jabra S 5010

Malaysia

Tanggalkan pintu getah di bahagian belakang pembesar suara. Tarik kabel pengecasan proprietari melalui bukaan dan sambung kepada telefon anda

Nota: Kabel pengecasan proprietari tidak disertakan di dalam kotak

Sambung kepada PC anda

Sambung PC anda atau mana-mana sumber audio luaran yang lain melalui palam input tambahan di bahagian belakang pembesar suara – pasangkan palam jek fon kepala (3.5 mm) ke dalam PC dan Jabra S 5010 anda.

5Kawalan S 5010

Pembesar suara anda bersedia untuk melaksanakan tugas sebaik sahaja anda memasang palam dan anda telah menyambungkan peranti muzik. Butang kuasa di bahagian tengah panel kawalan akan menyala “Merah” dalam mod “Tunggu Sedia/Mati” dan “Hijau” dalam mod “Hidup”. Butang-butang di kedua-dua sisi butang kuasa ialah tambahkan dan kurangkan kelantangan.

6Penyelesaian masalah & Soalan lazim (FAQ)

Tiada Kuasa (tiada cahaya dalam LED “Hidup/Mati”)

Pastikan bahawa penyambung bekalan kuasa Universal dipasangkan palamnya kepada bahagian belakang unit dan kord bekalan kuasa disambungkan kepada soket dinding.

Kelantangan audio rendah atau tidak wujud

Pastikan bahawa kabel audio telah dipasangkan palamnya dengan betul. Periksa kelantangan peranti yang disambungkan (muzik, telefon, pemain MP3 atau PC).

Bunyinya terdapat gangguan.

Pastikan bahawa tahap kelantangan pada sumber audio anda tidak diset terlalu tinggi

7Perlukan bantuan lanjut?

Lihat kulit dalam untuk butiran sokongan.

8Keselamatan

1.BACA arahan-arahan ini.

2.SIMPAN arahan-arahan ini.

3.AMBIL PERHATIAN semua amaran.

4.IKUTI semua arahan.

5.JANGAN gunakan alat ini berdekatan air.

6.BERSIHKAN dengan kain yang kering SAHAJA.

7.JANGAN halang mana-mana bukaan pengudaraan. Pasang selaras dengan arahan pengilang.

8.JANGAN pasang berdekatan mana-mana sumber haba seperti radiator, daftar haba, dapur, atau alat lain (termasuk amplifier) yang menghasilkan haba.

9.LINDUNGI kord kuasa daripada dipijak atau tersepit, terutamanya di bahagian palam, reseptakel, dan tempat ia keluar dari alat.

10.HANYA GUNAKAN alat tambahan/aksesori yang ditentukan oleh pengilang.

11.GUNAKAN hanya dengan troli, dirian, tripod, braket, atau meja yang ditentukan oleh pengilang, atau dijual dengan alat. Apabila troli digunakan, berhati-hatilah ketika menggerakkan gabungan troli/alat untuk mengelakkan kecederaan akibat alat yang jatuh terbalik.

12.BUKA PALAM alat ini semasa kilat, ribut atau ketika tidak digunakan bagi tempoh masa yang lama.

13.RUJUK semua kerja servis kepada kakitangan servis yang berkelayakan. Kerja servis diperlukan apabila alat didapati rosak dalam apa cara jua sekalipun, seperti kord bekalan kuasa atau palam telah rosak, cecair tertumpah ke atasnya atau objek lain terjatuh ke atas alat, alat terdedah kepada hujan atau lembapan.

Malaysia

36

37

Page 22
Image 22
Jabra S5010 manual Malaysia, 5Kawalan S, 6Penyelesaian masalah & Soalan lazim FAQ, 7Perlukan bantuan lanjut?, 8Keselamatan