28Bahasa Melayu

-Jika kord sesalur rosak, ia mesti digantikan oleh Philips, pusat servis yang dibenarkan oleh Philips atau pihak yang telah diluluskan bagi mengelakkan bahaya.

-Jauhkan perkakas dari air. Jangan gunakannya berdekatan atau di atas air yang bertakung di dalam tab mandi, besen basuh, sinki, dll. Apabila digunakan di dalam bilik air, cabutkan plag perkakas selepas digunakan. Air yang berdekatan merupakan risiko biarpun perkakas sudah dimatikan.

-Untuk perlindungan tambahan, kami mengesyorkan agar anda memasang peranti arus baki (RCD) dalam litar elektrik yang membekali bilik air. RCD ini mesti mempunyai arus pengoperasian baki berkadar yang tidak melebihi 30mA. Mintalah nasihat daripada pemasang anda.

-Jauhkan perkakas daripada capaian kanak-kanak

-Plat pelurus dan bahagian plastik berhampiran dengan plat mencapai suhu tinggi dengan cepat. Mengelakkan permukaan haba perkakas daripada tersentuh dengan kulit anda.

-Gunakan perkakas hanya pada rambut yang kering atau lembap.

-Jangan biarkan plat di dalam rambut anda selama beberapa saat pada satu-satu masa kerana ini boleh merosakkan rambut anda.

-Jauhkan perkakas dari permukaan yang tidak tahan panas dan jangan sekali-kali tutup perkakas dengan sebarang alas (contohnya tuala atau kain) semasa ia panas.

-Atas sebab keselamatan, pelurus akan mati secara automatik setelah hidup selama 1 jam.

-Cabutkan plag perkakas setiap kali selepas digunakan.

-Jangan lilit kord sesalur mengelilingi perkakas.

-Tunggu sehingga perkakas sejuk sebelum menyimpannya.

-Pastikan plat pelurus bersih dan bebas habuk, kotoran dan produk dandanan seperti mus, semburan dan gel. Habuk, kotoran dan produk dandanan boleh merosakkan plat pelurus bersalut seramik tourmalin.

-Sentiasa pulangkan perkakas kepada pusat perkhidmatan yang diluluskan oleh Philips untuk pemeriksaan atau pembaikan. Pembaikan oleh orang yang tidak mahir boleh menyebabkan situasi yang amat bahaya kepada pengguna.

Page 28
Image 28
Philips HP4669 manual Bahasa Melayu, Jauhkan perkakas daripada capaian kanak-kanak