Bahasa Melayu

Bahasa Melayu

Pengenalan

Tahniah atas pembelian anda dan selamat datang ke Philips! Untuk mendapat manfaat sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/welcome.

Penting

Baca buku panduan pengguna ini dengan teliti sebelum

anda menggunakan perkakas dan simpannya untuk rujukan masa depan.

Amaran

-Perkakas ini bukan dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang upaya dari segi fizikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka diawasi atau diberi arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.

-Kanak-kanak kecil harus diawasi untuk memastikan mereka tidak bermain dengan perkakas itu.

Awas

-Guna dan simpan perkakas pada suhu antara 5°C dan 35°C.

-Alat pencukur ini tidak kalis air dan tidak boleh dibersihkan di bawah paip. Pastikan alat pencukur kering (Gamb. 1).

Mematuhi piawai

-Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang berhubung dengan medan elektromagnet (EMF).

Jika dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan dalam manual pengguna ini, perkakas selamat untuk digunakan menurut bukti saintifik yang boleh didapati pada masa ini.

Mengecas

Apabila anda mengecas pencukur bagi kali pertama setelah lama tidak digunakan, biarkan ia dicas berterusan selama 12 jam. Pengecasan biasanya mengambil masa selama lebih kurang 8 jam.

Cas perkakas apabila motor berhenti atau menjadi semakin lambat.

Apabila pencukur dicas sepenuhnya, ia mempunyai masa cukuran sehingga 30 minit.

Jangan biarkan perkakas dipasang pada sesalur kuasa selama lebih daripada 24 jam.

1Pastikan perkakas dimatikan apabila anda mula hendak mengecasnya.

2Buka unit pin gelangsar (‘klik’) (Gamb. 2).

3Masukkan unit pin gelangsar ke dalam soket dinding (Gamb. 3).

,Lampu pengecasan akan menyala untuk menunjukkan bahawa perkakas sedang dicas (Gamb. 4).

4Selepas mengecas, tanggalkan pencukur dari soket dinding.

5Tekan butang pelepas (1) dan lipat unit gelangar kembali ke dalam perkakas (2) (‘klik’) (Gamb. 5).

Menggunakan perkakas

1Tanggalkan penutup pelindung.

2Tolak gelangsar hidup/mati ke atas untuk menghidupkan alat pencukur (Gamb. 6).

3Gerakkan kepala pencukur dengan cepat di atas permukaan kulit anda. Pastikan gerakan lurus dan membuat dilakukan (Gamb. 7).

Nota: Hasil pencukuran yang terbaik akan terhasil jika muka anda kering.

Nota: Kulit anda mungkin memerlukan 2 atau 3 minggu untuk membiasakan diri dengan sistem Philips.

4Tolak gelangsar hidup/mati ke bawah untuk mematikan alat pencukur.

5Letak penutup pelindung pada pencukur untuk mengelakkan kerosakkan pada kepala pencukur (Gamb. 8).

Pembersihan dan penyenggaraan

Membersih alat pencukur dengan kerapkali untuk menjamin prestasi pencukuran terbaik.

4222.002.4943.2

Setiap minggu: unit pencukur dan ruang rambut

1Matikan pencukur.

2Berus bahagian luar unit pencukur dengan berus yang disediakan (Gamb. 9).

3Tarik unit pencukur dari alat pencukur (Gamb. 10).

4Bilas bahagian dalam unit pencukur (Gamb. 11).

5Berus ruang rambut (Gamb. 12).

6Kembalikan unit pencukur kepada pencukur.

Setiap dua bulan: kepala pencukur

Nota: Jangan menggunakan agen pembersihan atau alkohol untuk membersihkan kepala pencukur. Hanya gunakan Sembur Pembersihan Kepala Pencukur HQ110.

1Matikan pencukur.

2Tarik unit pencukur dari alat pencukur (Gamb. 10).

3Putar roda melawan arah jam (1) dan tanggalkan rangka penahan (2) (Gamb. 13).

4Tanggalkan kepala pencukur dari unit pencukur satu demi satu (Gamb. 14).

Nota: Jangan bersihkan lebih dari satu pemotong dan adangan pada sesuatu masa, kerana setiap set adalah berpadanan. Jika anda tercampur adukkan set pemotong dan adangan dengan tidak sengaja, ia mungkin mengambil masa sehingga beberapa minggu sebelum mutu pencukuran terbaik dapat dicapai semula.

5Tanggalkan pemotong dari adangannya (Gamb. 15).

6Bersihkan pemotong dengan tepi berus yang berbulu pendek (Gamb. 16).

7Berus adangan (Gamb. 17).

8Letakkan kembali kepala pencukur ke dalam unit pencukur.

9Letakkan rangka penahan ke dalam unit pencukur dan pusingkan roda arah ikut jam.

10Kembalikan unit pencukur kepada pencukur.

Petua: Untuk mendapatkan prestasi pencukuran yang optimum, kami mengesyorkan agar anda melincirkan kepala pencukur dengan setitik minyak mesin jahit setiap enam bulan sekali.

Penyimpanan

-Letak penutup pelindung pada pencukur untuk mengelakkan kerosakkan pada kepala pencukur (Gamb. 8).

Penggantian

Gantikan kepala pencukur setiap dua tahun sekali untuk mendapatkan hasil pencukuran yang optimum. Gantikan kepala pencukur yang rosak atau haus dengan

Kepala Pencukur HQ4+ Philips Micro+ Angkat & Potong.

1Matikan pencukur.

2Tarik unit pencukur dari alat pencukur (Gamb. 10).

3Putar roda melawan arah jam (1) dan tanggalkan rangka penahan (2) (Gamb. 13).

4Tanggalkan kepala pencukur dari unit pencukur dan gantikannya dengan yang baru (Gamb. 14).

5Letakkan rangka penahan ke dalam unit pencukur dan pusingkan roda arah ikut jam.

6Kembalikan unit pencukur kepada pencukur.

Aksesori

Aksesori berikut boleh didapati:

-Kepala Pencukur HQ4+ Philips Micro+ Angkat &

Potong

-Sembur Pembersihan Kepala Pencukur Philips

HQ110 (tidak terdapat di China)

Alam sekitar

-Jangan buang perkakas bersama sampah rumah pada akhir hayatnya, tetapi bawanya ke pusat pungutan rasmi untuk dikitar semula. Dengan melakukan sedemikian anda akan membantu memelihara alam sekitar (Gamb. 18).

-Bateri mengandungi bahan yang mungkin mencemarkan alam sekitar. Jangan buang bateri yang kosong dengan sampah rumah biasa, tetapi lupuskannya di pusat pemungutan rasmi untuk

bateri. Sentiasa keluarkan bateri boleh cas semula sebelum membuang perkakas dan bawanya ke pusat pemungutan rasmi.

Pelupusan bateri boleh cas semula

Hanya tanggalkan bateri boleh cas semula apabila ia betul-betul kosong.

1Pastikan perkakas ditanggalkan.

2Biarkan pencukur berjalan sehingga ia berhenti, buka skru pada bahagian belakang alat pencukur

(1) dan angkat panel belakang dari alat pencukur(2) (Gamb. 19).

3Tanggalkan bateri boleh di cas semula (Gamb. 20).

Jangan sambung alat pencukur ke punca kuasa utama setelah bateri dikeluarkan.

Jaminan dan servis

Jika anda memerlukan maklumat atau menghadapi masalah, sila kunjungi laman web Philips di www.philips. com atau hubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips

di negara anda (anda boleh mendapatkan nombor telefonnya di dalam risalah jaminan sedunia). Jika tiada Pusat Layanan Pelanggan di negara anda, hubungi wakil pengedar Philips tempatan atau Jabatan Servis Syarikat Perkakas Domestik dan Penjagaan Diri Philips.

Pembatasan jaminan

Kepala pencukur (pemotong dan adangan) tidak ada jaminan antarabangsa kerana ada untuk dipakai.

Menyelesaikan masalah

Masalah

Penyelesaian

 

 

Alat pencukur

Anda mungkin tidak membersihkan

tidak mencukur

perkakas dengan betul. Bersihkan

sebaik sebelum

kepala pencukur dengan rapi

ini.

(lihat bab ‘Membersih dan

 

menyelenggara’).

 

Rambut panjang mungkin

 

tersumbat di kepala pencukur.

 

Bersihkan pemotong dan adangan

 

dengan betul dengan berus yang

 

dibekalkan (lihat bab ‘Membersih

 

dan menyelenggaraa’).

 

Kepala pencukur mungkin rosak

 

atau haus. Gantikan kepala

 

pencukur (lihat bab ‘Penggantian’).

 

Bateri mungkin semakin lemah. Cas

 

semula alat pencukur (lihat bab

 

‘Mengecas’).

Alat pencukur

Bateri mungkin kosong. Cas

tidak hidup

semula alat pencukur (lihat bab

apabila saya

‘Mengecas’).

menolak

 

gelangsar hidup/

 

mati ke atas.

 

5/5

Page 5
Image 5
Philips HQ852, HQ853 manual Bahasa Melayu, Masalah, Penyelesaian