Philips LX8320SA user manual Glosari, Bahasa Melayu

Models: LX8320SA

1 49
Download 49 pages 37.13 Kb
Page 42
Image 42
Glosari

Glosari

Bahasa Melayu

Analog: Bunyi yang belum ditukarkan kepada nombor.Ada pelbagai bunyi analog, sementara bunyi digital mempunyai nilai angka yang khusus. Bicu-bicu ini menghantar audio melalui dua saluran, yang kiri dan kanan.

Nisbah aspek: Nisbah saiz menegak dan mendatar imej yang dipaparkan. Nisbah mendatar berbanding menegak TV konvensional ialah 4:3, dan untuk skrin luas ialah 16:9.

Bicu AUDIO OUT: Bicu merah dan putih di belakang Sistem DVD yang menghantar audio ke sistem lain (TV, Stereo, dll.).

Kadar Bit: Jumlah data yang digunakan untuk memegang jangka yang diberikan untuk sesuatu musik, diukur dalam kilobit sesaat, atau kbps. Atau, kelajuan rakaman anda.

Umumnya, lebih tinggi kadar bit, atau lebih tinggi kelajuan rakaman, lebih baik kualiti bunyinya. Walau bagaimanapun, kadar bit yang lebih tinggi menggunakan lebih banyak ruang pada sesebuah Cakera.

Bab:Bahagian-bahagian gambar atau musik pada DVD yang lebih kecil daripada tajuk. Tajuk terdiri daripada beberapa bahagian. Setiap bab diberikan nombor bab membolehkan anda untuk mencari bab yang dikehendaki. Bicu Komponen Video Out: Bicu di belakang Sistem DVD yang menghantar video berkualiti tinggi ke TV yang mempunyai bicu Komponen Video In (R/G/ B,Y/Pb/Pr, dll.).

Menu cakera: Paparan skrin disediakan untuk membolehkan pemilihan imej, bunyi, sari kata, berbilang sudut, dll. dirakam pada DVD.

DivX 3.11/4x/5x: Kod DivX ialah teknologi mampatan video berasaskan MPEG-4 yang masih menantikan paten, yang dimajukan oleh DivXNetworks, Inc., yang boleh mengecilkan video digital kepada saiz kecil cukup untuk dihantar melalui internet, sambil mengekalkan kualiti visual yang tinggi. Dolby Digital: Sistem bunyi sekeliling yang dimajukan oleh Dolby Laboratories yang mengandungi sehingga enam saluran audio digital (hadapan kiri dan kanan, sekeliling kiri dan kanan, tengah dan subwoofer).

Dolby Surround Pro Logic II: Ia adalah teknologi pentafsir kod matriks yang telah dipertingkatkan yang memberi arah dan ruang yang lebih baik pada bahan program Dolby Surround; memberi medan bunyi tiga dimensi yang lebih meyakinkan pada rakaman musik stereo boleh diubah; dan sangat sesuai untuk membawa pengalaman sekeliling kepada bunyi automotif. Sementara program sekeliling konvensional sesuai sepenuhnya dengan pentafsir kod Dolby Surround Pro Logic II, treklagu boleh dikod khusus untuk menggunakan kelebihan mainan semula Pro Logic II, termasuk saluran sekeliling kiri dan kanan yang berasingan. (Bahan sepertinya juga sesuai dengan pentafsir kod Pro Logic konvensional).

DTS: Sistem Teater Digital. Ini merupakan sistem bunyi sekeliling, tetapi berbeza daripada Dolby Digital. Format ini telah dimajukan oleh syarikat yang berbeza. JPEG: Format gambar tegak yang paling lazim. Sistem mampatan data gambar tegak yang dicadangkan oleh Joint Photographic Expert Group, yang memaparkan pengurangan kecil pada kualiti imej walaupun dengan nisbah mampatan yang tinggi.

MP3: Format fail dengan sistem mampatan data bunyi.

“MP3: adalah singkatan untuk “Motion Picture Experts Group 1 (atau MPEG-1) Audio Layer 3. Dengan menggunakan format MP3, satu CD-R atau CD-RW boleh mengandungi lebih kurang 10 kali lebih banyak data daripada CD biasa.

Berbilang saluran: DVD diformatkan supaya setiap trek bunyi menjadi satu lapangan bunyi. Berbilang saluran merujuk kepada struktur trek bunyi mempunyai tiga atau lebih saluran.

Kawalan ibubapa: Menghadkan mainan Cakera mengikut usia pengguna atau paras yang dihadkan bagi setiap negara. Hadnya berbeza di antara cakera; apabila ia diaktifkan, main semula akan dilarang jika paras perisian adalah lebih tinggi daripada paras yang ditetapkan oleh pengguna.

Kawalan mainan semula (PBC): Merujuk kepada isyarat yang dirakam pada CD video atau SVCD bagi mengawal mainan semula. Dengan menggunakan skrin menu yang dirakam pada CD Video atau SVCD yang menyokong PBC, anda boleh menikmati mainan semula dan pencarian interaktif.

Pasang Palam dan Main: Buat pertama kali memberi kuasa sehingga mod Penala, sistem akan memberi isyarat kepada pengguna untuk meneruskan dengan pemasangan stesyen radio secara automatik dengan hanya menekan butang PLAY di unit utama. Skan Progresif: Ia memaparkan semua garisan mendatar sesebuah gambar pada satu masa, sebagai bingkai isyarat. Sistem ini boleh menukar video yang dijalin daripada DVD kepada format progresif untuk sambungan ke paparan progresif. Ia meningkatkan resolusi menegak secara dramatik.

Kod rantau: Sistem yang membolehkan cakera dimainkan hanya di rantau yang ditentukan. Unit ini akan hanya memainkan cakera yang emmpunyai kod rantau yang sesuai dengannya. Anda boleh menemui kod rantau unit anda dengan melihat label produk. Sesetengah cakera adalah sesuai dengan lebih dari satu rantau (atau SEMUA rantau).

S-Video: Menghasilkan gambar yang jelas dengan menghantar isyarat berasingan bagi kilauan dan warna. Anda boleh gunakan S-Video hanya jika TV anda mempunyai bicu S-Video In.

168

128-171-LX8320-69-BM

168

3139 115 23251

13/08/2004, 11:31 AM

Page 42
Image 42
Philips LX8320SA user manual Glosari, Bahasa Melayu