dibenarkan untuk membaiki kerosakan. Lihat syarat-syarat jaminan dan senarai pusat dalam buku kecil yang disertakan bersama cerek anda. Jenis dan nombor siri ditunjukkan di bahagian dasar cerek anda. Jaminan ini melindungi kerosakan pengilangan dan penggunaan domestik sahaja. Sebarang keretakan atau kerosakan yang terjadi akibat daripada kegagalan untuk mematuhi arahan adalah tidak dilindungi oleh jaminan.

Pengeluar berhak untuk mengubah suai sifat-sifat atau komponen cereknya pada bila-bila masa untuk kepentingan pelanggan.

Jangan menggunakan cerek. Jangan ada sebarang cubaan untuk menanggalkan cerek atau peranti keselamatannya.

Jika kord bekalan rosak, ia mesti digantikan oleh pengilang, pusat perkhidmatan selepas jualannya atau orang lain yang memiliki kelayakan yang sama, bagi mengelakkan sebarang bahaya.

PENCEGAHAN KEMALANGAN DOMESTIK

Bagi kanak-kanak, luka terbakar atau lecuran, walaupun sedikit, kadang-kadang boleh menjadi serius.

Sepanjang mereka membesar, didik anak anda untuk berhati-hati dengan cecair panas yang berada di dapur. Letakkan cerek dan kord bekalannya jauh ke dalam permukaan kerja, jauh daripada capaian kanak-kanak.

Jika terjadi kemalangan, basuh lecuran di bawah aliran air sejuk dengan segera dan hubungi doktor jika perlu.

Bagi mengelakkan sebarang kemalangan: jangan mendukung anak atau bayi anda ketika anda sedang meminum atau membawa air yang panas.

PERLINDUNGAN ALAM SEKITAR

Peralatan anda mengandungi banyak bahan yang boleh diperoleh kembali atau dikitar semula.

MS

Bawanya ke pusat pengumpulan bahan buangan sivik tempatan.

103