Melayu
LANGKAH PENCEGAHAN PENTING:
•Pastikan anda membaca semua arahan.
•Perkakas ini bukan dimaksudkan berfungsi menggunakan suis masa luar atau sistem
kawalan jauh yang berasingan.
• Perkakas ini bukan dimaksudkan digunakan oleh orang (termasuk kanak- kanak) yang kurang upaya dari segi fizikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka diawasi atau diberi arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh seorang yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
•
•Mengambil kira semua piawaian berbeza yang dikuatkuasakan, jika perkakas ini digunakan di negara selain daripada negara ia dibeli, pastikan ia diperiksa oleh sebuah pusat perkhidmatan yang diluluskan.
•Jangan gerakkan perkakas ini ketika ia sedang digunakan.
•Perkakas ini bukan dimaksudkan dibina ke dalam unit perabot lain. Letakkan ketuhar anda di tempat yang rata, stabil, permukaan kerja tahan panas atau unit dapur yang boleh menahan suhu
•Pastikan udara boleh mengalir dengan bebas di sekeliling perkakas anda.
•Kami nasihatkan anda semasa menggunakannya buat pertama kali, gunakan ketuhar anda secara kosong (tanpa gril).
•Biarkan jarak
2 sentimeter di antara bahan makanan dan elemen memanas di bahagian atas Adalah perkara biasa jika anda melihat sedikit asap atau menghidu bau perkakas baru keluar dari ketuhar ketika menggunakan perkakas buat pertama kalinya dan kejadian normal ini akan hilang dengan cepat.
•Pastikan voltan utama anda bersesuaian dengan apa yang ditunjukkan pada perkakas (arus ulang alik saja).
•Jangan gunakan perkakas jika:
-ia ada kord yang tidak sempurna atau rosak
-perkakas terjatuh dan menunjukkan tanda kerosakan atau kepincangan.
•Dalam setiap kes ini, untuk mengelakkan sebarang risiko kepada keselamatan anda perkakas mesti di hantar kepada pusat perkhidmatan yang diluluskan yang terdekat.
•Untuk memastikan keselamatan, jika kord kuasa rosak, ia mesti digantikan oleh sama ada pihak pengeluar, pusat perkhidmatan yang diluluskan atau orang yang berkelayakan sahaja.
•Pastikan bekalan kuasa elektrik anda mencukupi untuk perkakas yang menggunakan kuasa ini.
•Jangan biarkan kord kuasa tergantung atau terkena bahagian panas ketuhar.
•Jangan mencabut palam perkakas dengan menarik kord kuasa.
•Cabut palam perkakas jika anda perlu melakukan pembersihan menyeluruh ke atas perkakas atau ketika ribut taufan.
•Hanya gunakan sambungan yang berkeadaan baik, dengan plag bumi dan kord pengaliran yang
•Cabut palam ketika perkakas tidak digunakan.
•Untuk mengelakkan risiko kejutan elektrik, jangan masukkan kord, palam atau perkakas itu sendiri ke dalam air atau sebarang cecair lain.
•Jangan letakkan perkakas hampir kepada sebarang sumber haba atau dekat dengan sebarang elemen elektrik. Jangan susun perkakas ini bertingkat dengan sebarang perkakas lain.
•Permukaan boleh menjadi panas semasa digunakan. Perkakas ini berfungsi pada suhu tinggi yang mungkin menyebabkan melecur.
Jangan sentuh bahagian besi atau kaca ketuhar anda.
•Pintu dan permukaan luar boleh menjadi panas semasa perkakas digunakan.
14