Bahasa Malaysia

Terima kasih

Terima kasih kerana membeli Jabra BT330 Bluetooth® Headset. Kami harap anda akan menikmatinya!

Manual arahan ini akan membantu anda untuk bermula dan bersedia untuk menggunakan set kepala dengan sepenuhnya.

! Ingatlah, dahulukan memandu, bukan panggilan!

Menggunakan telefon bimbit ketika memandu boleh mengganggu perhatian anda dan meningkatkan kemungkinan berlakunya kemalangan. Jika keadaan memandu amat mendesak (seperti cuaca buruk, kesesakan lalu lintas, kehadiran kanak-kanak di dalam kereta, keadaan jalan raya yang sukar), hentikan kereta di bahagian tepi jalan sebelum membuat atau menjawab panggilan. Selain daripada itu, cuba pendekkan perbualan dan jangan ambil nota atau membaca dokumen.

Sentiasa memandu dengan ikut undang-undang tempatan.

Perihalan Jabra BT330 anda

1.Butang jawab/tamat dengan lampu penunjuk biru

2.Butang kawalan kelantangan

3.Penyambung cas

SEBELUM MENGGUNAKAN SET KEPALA ANDA

Jabra BT330 direka bentuk agar mudah dikendalikan dengan menggunakan bilangan butang yang minimum. Butang jawab dan tamat pada set kepala akan menyediakan kendalian alternatif bergantung pada panjang masa ia ditekan.

Arahan:

Tempoh ianya ditekan:

Ketik:

Tekan sekejap

Tekan:

Lebih kurang 1 saat

Tekan dan pegang:

Lebih kurang 5 saat

1Memeriksa keserasian telefon

Jabra BT330 serasi dengan kebanyakan telefon Bluetooth 1 (lihat Glosari) yang serasi dengan Bluetooth versi 1.1 atau 1.2 Lawati laman web pengilang telefon anda atau laman web Jabra (www.jabra.com) untuk memastikan telefon anda mempunyai kemampuan Bluetooth.

2Mengecas Jabra BT330

Set kepala anda menggunakan bateri boleh cas semula yang mesti dicas sepenuhnya sebelum anda menggunakannya buat kali pertama.

1.Pasangkan palam pengecas AU ke dalam salur keluar elektrik dan kemudian ke dalam penyambung cas set kepala.

2.Cas selama 2 jam dan kemudian cabut pengecas AU dari set kepala.

(Lihat raj 2)

3.Kuasa bateri yang rendah ditunjukkan dengan kerlipan setiap 5 saat dan 5 nada setiap 20 saat.

AMARAN : Jangan cuba mengecas set kepala dengan bahan lain selain Pengecas AU yang dibekalkan. Set kepala mungkin rosak atau musnah jika pengecas AU lain digunakan.

PENTING: Set kepala tidak boleh digunakan semasa mengecas.

Bahasa Malaysia

52

53

Page 29
Image 29
Jabra Terima kasih, Ingatlah, dahulukan memandu, bukan panggilan, Memeriksa keserasian telefon Mengecas Jabra BT330