Bahasa Malaysia

PETUA DAN PENYELESAIAN

10Ciri dipertingkatkan

Ciri dipertingkatkan boleh didapati bagi telefon yang menyokong profil4 Bluetooth, maksudnya anda boleh menggunakan set kepala anda secara wayarles dengan telefon anda untuk beberapa ciri. Semak panduan arahan telefon anda atau hubungi pengilang telefon anda jika anda tidak pasti jika telefon anda menyokong profil Bluetooth bebas tangan.

1.Menggunakan dailan teraktif suara

Ketik butang jawab/tamat dan kemudian sebutkan nama orang yang anda hendak dail. Bukan semua telefon Bluetooth menyokong dailan teraktif suara melalui Bluetooth. Semak dengan pengilang telefon anda. Anda mesti mengeset teg suara pada telefon anda untuk menggunakan dailan teraktif suara. Untuk penerimaan yang lebih baik, rakam teg suara menerusi set kepala jika telefon anda membenarkan anda melakukannya.

2.Menambah atau mengurangkan kelantangan panggilan

Tambah atau kurangkan kelantangan dengan menekan butang kelantangan. Kelantangan nada bertambah atau berkurang untuk memadankan kelantangan panggilan.

3.Dailan semula nombor terakhir

Semasa set kepala berada dalam mod bersedia5, tekan dan tahan butang berbilang fungsi sehingga anda mendengar satu siri dua nada. Tekan butang tersebut sekali lagi untuk mendail nombor yang dipaparkan pada telefon.

4Menolak panggilan masuk

Apabila telefon anda berdering, tekan dan tahan butang jawab/tamat sehingga anda mendengar satu siri dua nada.

5Menunda panggilan

Apabila anda sedang membuat panggilan, tekan dan tahan butang jawab/tamat sehingga anda mendengar satu siri dua nada. Ulang untuk mengambil semula panggilan.

6Panggilan menunggu

Apabila anda sedang membuat panggilan dan telefon anda mengisyaratkan panggilan masuk, tekan dan tahan butang jawab/tamat sehingga anda mendengar satu siri dua nada.

11Pencarisilapan & Soalan Lazim

Saya terdengar bunyi letusan

Untuk mendapatkan mutu audio terbaik, sentiasa pakai set kepala anda pada bahagian sama badan anda seperti mana telefon anda diletak.

Saya tidak dapat mendengar apa-apa dalam set kepala saya

Tambah kelantangan pada set kepala.

Pastikan set kepala dipasang dengan telefon.

Pastikan telefon disambung pada set kepala – jika ia tidak tersambung sama ada dari menu Bluetooth telefon atau dengan mengetik butang jawab/tamat, ikuti tatacara memasang berikut (lihat bahagian 3).

Saya menghadapi masalah memasang walaupun telefon saya menandakan yang sebaliknya

Anda mungkin telah memadam sambungan memasang set kepala anda dalam telefon bimbit. Ikuti arahan memasang dalam bahagian 3.

Bolehkah Jabra BT330 berfungsi dengan alatan lain Bluetooth?

Jabra BT330 direka bentuk untuk berfungsi dengan telefon bimbit Bluetooth. Ia boleh berfungsi dengan peranti Bluetooth lain yang serasi dengan Bluetooth versi 1.1 atau 1.2 dan menyokong profil set kepala dan/atau bebas tangan.

Saya tidak boleh menggunakan Tolak panggilan, Tunda panggilan, Dail semula atau dailan suara

Fungsi ini bergantung pada telefon yang menyokongnya. Sila semak manual telefon anda untuk butiran lanjut

12 Perlukan bantuan lanjut?

1.Web: www.jabra.com (untuk maklumat sokongan dan Manual Pengguna dalam talian terkini)

2.Telefon bebas tol Isnin hingga Jumaat

Nombor Bebas Tol:

 

 

Australia:

1-800-083-140

(10:00 – 19:00)

China:

800-858-0789

(08:00 – 17:00)

Hong Kong:

800-968-265

(08:00 – 17:00)

Indonesia:

001-803-852-7664

(08:00 – 17:00)

Jepun:

0034-800-400-594

(09:00 – 18:00)

Malaysia:

1800-812-160

(08:00 – 17:00)

New Zealand:

0800-447-982

(12:00 – 21:00)

Singapura:

800-860-0019

(08:00 – 17:00)

Taiwan:

0080-186-3013

(08:00 – 17:00)

Bahasa Malaysia

56

57

Page 31
Image 31
Jabra BT330 user manual Ciri dipertingkatkan, Pencarisilapan & Soalan Lazim, Perlukan bantuan lanjut?