BAHASA MELAYU
Penting.
Baca arahan penggunaan ini dengan
teliti sebelum menggunakan perkakas
dan simpan untuk rujukan di masa
depan.
Pastikan perkakas sentiasa kering
(gamb. 1).
Simpan dan gunakan perkakas itu
pada suhu antara 5cC dan 35cC.
Memasukkan bateri.
Perkakas menggunakan dua bateri
jenis R6 AA 1.5 volt. Sebaik-baiknya
gunakan bateri beralkali Philips.
Pastikan tangan anda kering semasa
memasukkan bateri.
1Keluarkan penutup petak bateri
(gamb. 2).
2Letak dua bateri di dalam petak
bateri (gamb. 3).
Pastikan penunjuk + dan - pada
bateri sepadan dengan penunjuk di
dalam petak bateri.
Pencukur tidak berfungsi jika bateri
tidak dipasang dengan betul.
3Pasang kembali penutup petak
bateri pada perkakas. Letak
bahagian atas penutup (1) dahulu
dan kemudian bahagian bawahnya
sehingga anda mendengar bunyi
klik (2) (gamb. 4).
Untuk mengelak kerosakan yang
berpunca daripada kebocoran
bateri:
- jangan dedahkan perkakas pada
suhu yang melebihi 35cC;
- keluarkan bateri jika perkakas tidak
akan digunakan selama sebulan
atau lebih;
- jangan biarkan bateri kosong di
dalam perkakas.
Masa pencukuran tanpa kord
Dua buah bateri yang baru
memberikan masa cukuran selama
60 minit.
Menggunakan perkakas.
Pencukuran
1Hidupkan perkakas dengan
menekan kunci suis dan menolak
gelangsar hidup/mati ke atas
(gamb. 5).
Kunci suis mengelakkan perkakas dari
dihidupkan dengan tidak sengaja.
2Gerakkan kepala pencukur
denagn gerakan lurus dan
membulat di atas permukaan
kulit dengan pantas (gamb. 6).
Hasil pencukuran yang terbaik akan
terhasil jika muka anda kering.
Kulit anda mungkin memerlukan 2
atau 3 minggu untuk membiasakan
diri dengan sistem Philips.
1Matikan pencukur dengan
menggelongsorkan punat
mati/hidup ke bawah.
2Pasang semula penutup pelindung
pada pencukur setelah setiap
penggunaan untuk mengelakkan
kerosakan (gamb. 7).
Pembersihan dan
penyenggaraan.
Membersih alat pencukur dengan
kerapkali menjamin prestasi
pencukuran terbaik.
Pembersih Tindakan Bersih
Philips (bahan pembersih kepala
pencukur, jenis HQ100) boleh
didapati untuk pembersihan yang
mudah dan optimum. Untuk
mendapatkan maklumat lanjut,
sila hubungi penjual Philips
(gamb. 8).
BPembersih Tindakan Bersih Philips
mungkin tidak terdapat di semua
negara. Hubungi Pusat Khidmat
Pelanggan di negeri anda untuk
mengetahui tentang ketersediaan
aksesori ini.
Anda juga boleh membersihkan
pencukur dengan cara yang berikut:
Setiap minggu: unit
pencukur dan ruang rambut
1Matikan alat pencukur.
2Bersihkan bahagian atas perkakas
dahulu dengan berus yang
dibekalkan (gamb. 9).
3Tekan butang pelepas (1) dan
tanggalkan unit pencukur (2)
(gamb. 10).
4Bersihkan bahagian dalam unit
cukur dan ruang rambut dengan
berus (gamb. 11).
5Kembalikan unit pencukur
kepada pencukur.
Setiap dua bulan: kepala
pencukur
1Matikan alat pencukur.
2Tekan butang pelepas (1) dan
tanggalkan unit pencukur (2)
(gamb. 10).
3Tanggalkan rangka penahan
dengan menolak bahagian tepi
spring tengah ke arah masing-
masing (1) dan angkat rangka
penahan dari unit pencukur (2)
(gamb. 12).
4Luncur keluarkan kepala
pencukur dari rangka penahan
dan bersihkannya satu per satu
(gamb. 13).
Jangan campur adukkan pemotong
dan adang yang berlainan set.
Ini penting kerana tiap pemotong
diasah dengan adang sepadan untuk
mendapatkan pencapaian optimum.
Prestasi pencukuran optimum
mungkin mengambil masa beberapa
minggu untuk dipulihkan sekiranya
anda mencampur-adukkan pemotong
dan adang tersebut dengan tidak
sengaja.
5Bersihkan pemotong dengan tepi
berus yang berbulu pendek
(gamb. 14).
Berus ke arah anak panah dengan
berhati-hati.
6Berus adangan (gamb. 15).
7Gelongsorkan kepala pencukur
balik ke dalam rangka penahan
dan pasangkan semula rangka
penahan itu ke unit pencukur
(gamb. 16).
8Kembalikan unit pencukur
kepada pencukur.
Untuk pembersihan tambahan
yang menyeluruh, bersihkan
kepala pencukur dengan
meletakkannya ke dalam cecair
nyahgris (contohnya alkohol)
setiap enam bulan. Untuk
menanggalkan kepala pencukur,
ikuti langkah 1 hingga 4 seperti
yang dihuraikan di atas. Setelah
dibersihkan, lenserkan bahagian
tengah di dalam adangan dengan
setitik minyak mesin jahit untuk
mengelak kepala pencukur
menjadi haus (gamb. 17).
Penyimpanan.
Pasangkan kembali penutup
perlindungan pada alat pencukur
untuk mengelakkan kerosakan
(gamb. 7).
Penggantian.
Gantikan kepala pencukur setiap dua
tahun sekali untuk mendapatkan hasil
pencukuran yang optimum.
Gantikan kepala pencukur yang rosak
atau haus dengan «Philips HQ4
kepala pencukur sahaja.
1Matikan alat pencukur.
2Tekan butang pelepas (1) dan
tanggalkan unit pencukur (2)
(gamb. 10).
3Tanggalkan rangka penahan
dengan menolak bahagian tepi
spring tengah ke arah masing-
masing (1) dan angkat rangka
penahan dari unit pencukur (2)
(gamb. 12).
4Luncur keluarkan kepala
pencukur dari rangka penahan
(gamb. 13).
5Luncurkan kepala pencukur
baru ke dalam rangka penahan
(gamb. 16).
6Kembalikan unit pencukur
kepada pencukur (gamb. 18).
7Kembalikan unit pencukur
kepada pencukur.
Aksesori.
Aksesori berikut boleh didapati:
- Kepala pencukur Philips«HQ4.
- Pembersih Tindakan Bersih Philips
HQ100 (pembersih kepala
pencukur).
4222 002 44233
4/8