Philips QT4090, QT4070/32 manual Bahasa Melayu

Models: QT4070/32

1 9
Download 9 pages 13.39 Kb
Page 6
Image 6
Bahasa Melayu

Bahasa Melayu

Pengenalan

Tahniah di atas pembelian anda, dan selamat datang ke Philips! Untuk mendapat manfaat sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/welcome.

Perapi janggut vakum Philips yang tidak perlu penyelenggaraan ini menggabungkan teknologi inovatif dan keselesaan penggunaan yang menonjol. Ia amat sesuai untuk memotong dan membuat garis bentuk janggut dan jambang anda.

Mekanisme vakum bersepadu menyedut rambut yang dipotong sepanjang penggunaan dan akan meninggalkan singki yang lebih bersih selepas digunakan. Sikat perapi, unit pemotong yang tajam sendiri dan gelang pelarasan untuk memilih panjang rambut antara 1 dan 18mm memastikan hasil pemotongan yang cemerlang dan pengendalian yang menjimatkan masa. Bentuk ergonomik perkakas ini membolehkan anda mengendalikannya dengan senang dan selesa.

QT4070 disertakan dengan sikat perapi yang direka khas untuk membolehkan anda melihat dengan jelas apabila anda hendak membuat penampilan janggut yang baru tumbuh.

QT4090 disertakan dengan sikat perapi yang mengikut garis bentuk yang direka khas untuk merapikan janggut yang lebih panjang. Ia juga mempunyai perapi kepersisan berkualiti tinggi yang menjamin pemotongan yang tepat dan rapi.

Perihalan umum (Gamb. 1)

AUnit pemotong yang boleh ditanggalkan

BPenutup ruang pengumpulan rambut

CRuang & penapis pengumpulan rambut

DGelang pelarasan (Kunci Zum Tepat `)

EPenunjuk panjang rambut

FPenunjuk tahap cas

GPenunjuk kunci kembara

HButang hidup/mati

IButang turbo

JSoket untuk plag perkakas

KPau penyimpanan (QT4090 sahaja)

LPlag perkakas

MPlag penyesuai (2.5V/1500mA)

NBerus pembersih

OPerapi kepersisan (QT4090 sahaja) 

PSikat perapi yang mengikut garis bentuk (QT4090)

QSikat perapi (QT4070) 

Penting

Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum anda menggunakan perkakas dan simpan untuk rujukan masa depan.

Bahaya

-- Pastikan plag penyesuai tidak basah.

Amaran:

-- Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada perkakas sepadan dengan voltan sesalur kuasa setempat sebelum anda menyambungkan perkakas.

-- Plag penyesuai mengandungi pengubah. Jangan potong plag penyesuai untuk menggantikannya dengan plag yang lain kerana ini akan menimbulkan situasi berbahaya.

-- Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang upaya dari segi fizikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka diawasi atau diberi arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.

-- Kanak-kanak hendaklah diselia untuk memastikan mereka tidak bermain dengan perkakas ini.

Awas

-- Cas, gunakan dan simpan perkakas pada suhu antara 5°C dan 35°C.

-- Jangan cas perkakas dalam pau penyimpanan yang dibekalkan.

-- Jangan rendam perkakas di dalam air atau sebarang cecair lain, atau membilasnya di bawah paip.  (Gamb. 2)

-- Hanya gunakan penyesuai yang dibekalkan.

-- Jika plag penyesuai, unit pemotong atau salah satu sikat perapi rosak, sentiasa ganti dengan salah satu jenis asal untuk mengelakkan bahaya.

-- Plag penyesuai memindahkan 220-240 volt kepada voltan rendah yang selamat yang kurang daripada 24 volt.

6

-- Jangan gunakan perkakas jika salah satu sikat perapi atau unit pemotong rosak atau patah, kerana ia boleh menyebabkan kecederaan.

-- Perkakas ini hanya bertujuan untuk merapikan janggut manusia. Jangan gunakan untuk sebarang tujuan lain.

Medan Elektro Magnet (EMF)

-- Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang berhubung dengan medan elektromagnet (EMF). Jika dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan dalam manual pengguna ini, perkakas selamat untuk digunakan menurut bukti saintifik yang boleh didapati pada masa ini.

Bersedia untuk menggunakannya

Mengecas

Cas perkakas sepenuhnya sebelum anda menggunakannya buat pertama kali dan selepas tidak digunakan dalam tempoh yang lama.

Mengecas mengambil masa kira-kira 60 minit jika perkakas kosong sepenuhnya.

1Pastikan perkakas dimatikan.

2Masukkan plag perkakas ke dalam perkakas dan masukkan plag penyesuai ke dalam soket dinding (Gamb. 3).

,, Apabila anda mula mengecas perkakas yang kehabisan bateri, segmen bawah penunjuk tahap cas akan berkelip oren.Apabila bateri mengandungi kuasa yang cukup untuk satu sesi perapian kira-kira 7 minit, segmen bawah akan mula berkelip biru.

,, Mula-mula segmen bawah penunjuk tahap cas berkelip biru, kemudian segmen kedua dan seterusnya, sehingga perkakas dicas sepenuhnya.  (Gamb. 4)

,, Apabila perkakas dicas sepenuhnya, semua segmen penunjuk tahap cas akan menyala biru berterusan.

,, Jika perkakas yang dicas sepenuhnya masih tersambung kepada sesalur kuasa selepas 1 jam, segmen penunjuk tahap cas akan padam.

Bateri lemah

Apabila bateri hampir habis (apabila terdapat anggaran

7 minit atau kurang masa perapian yang tinggal), segmen bawah penunjuk tahap cas bertukar menjadi warna oren. Apabila anda mematikan perapi, segmen bawah akan berkelip selama beberapa saat. 

Perapian berkord

Apabila bateri boleh cas semula lemah, anda juga boleh menggunakan perkakas daripada sesalur kuasa.

Untuk menggunakan perkakas dengan menyambungnya kepada sesalur kuasa:

1Matikan perapi dan sambungkan kepada sesalur kuasa.

2Tunggu beberapa saat dan kemudian hidupkan perkakas.

Nota: Jika bateri benar-benar kosong, tunggu beberapa minit sebelum anda menghidupkan perkakas.

Menggunakan perkakas

Penunjuk paparan

Paparan diaktifkan apabila anda menekan butang hidup/ mati dan apabila anda memutar gelang pelarasan.

-- Semasa perapian, paparan menyediakan maklumat berikut: (Gamb. 5)

,, -’ apabila tiada sikat terpasang pada perkakas. 

,, Panjang rambut yang dipilih (iaitu panjang rambut yang tinggal selepas perapian) dalam milimeter.

,, Tahap baki cas.

,, Simbol kunci kembara jika perkakas dikunci (lihat bahagian ‘Kunci kembara’ dalam bab ini).

,, ’E’ jika unit pemotong tersekat.

Perapian janggut

Sentiasa sikat janggut atau misai dengan sikat yang halus sebelum anda mulakan perapian.

Merapi dengan sikat perapi

Tetapan panjang rambut ditunjukkan dalam milimeter pada paparan perkakas.Tetapan ini sepadan dengan panjang rambut yang tinggal selepas pemotongan.  Sikat perapi memotong rambut kepada kepanjangan 1-18mm.

Jika anda merapi buat kali pertama, mulakan dengan tetapan panjang rambut maksimum (18mm).

1Luncurkan sikat perapi ke atas perkakas (Gamb. 6).

2Putar gelang pelarasan (Kunci Zum Tepat `) kepada tetapan panjang rambut yang dikehendaki.  (Gamb. 7)

,, Paparan menunjukkan panjang rambut yang dipilih.

3Hidupkan suis perkakas (Gamb. 8).

Nota: Semasa merapi, anda boleh menggunakan fungsi turbo untuk kuasa sedutan dan kelajuan perapian ekstra (lihat bahagian ‘Fungsi turbo’ di bawah).

4Untuk merapi dengan paling berkesan, gerakkan perkakas melawan arah pertumbuhan rambut (Gamb. 9).

Nota: Buat pergerakan lancar dan lembut dan pastikan permukaan sikat perapi sentiasa bersentuhan dengan kulit.

Nota: Jangan gerakkan perkakas terlalu laju.

5Matikan perkakas selepas digunakan dan bersihkannya (lihat bab ‘Membersihkan’).

Membuat penampilan janggut baru tumbuh

-- Gunakan perapi dengan sikat perapi yang ditetapkan kepada panjang rambut 1mm untuk menghasilkan penampilan janggut baru tumbuh (Gamb. 10).

-- Jika anda inginkan janggut yang lebih pendek pada 0.5mm, gunakan perapi tanpa dipasangkan sikat perapi.

Merapi tanpa sikat perapi

Gunakan perapi tanpa sikat perapi untuk merapikan janggut penuh dan juga janggut sehelai.

1Tanggalkan sikat perapi (Gamb. 11).

Perhatian untuk QT4090: Jangan sekali-kali tarik bahagian atas sikat perapi yang fleksibel. Sentiasa tarik bahagian bawahnya.

2Buat pergerakan terkawal dan sentuh rambut dengan perlahan dengan unit pemotong.

Membentuk dengan perapi kepersisan (QT4090 sahaja)

Anda boleh menggunakan perapi kepersisan untuk membentuk misai dan jambang anda, untuk menentukan garis bentuk dan juga untuk memotong yang sehelai- sehelai.

1Tanggalkan sikat perapi (Gamb. 11).

Nota: Jangan sekali-kali tarik bahagian atas sikat perapi yang fleksibel. Sentiasa tarik bahagian bawahnya.

2Tarik unit pemotong daripada perkakas (Gamb. 12).

3Letakkan perapi kepersisan pada perkakas (Gamb. 13).

4Apabila anda menggunakan perapi kepersisan, pegang perkakas sehingga perapi menghala ke atas dan buat gerakan ke bawah (Gamb. 14).

Fungsi turbo

Anda boleh menggunakan fungsi turbo untuk kuasa sedutan yang lebih kuat dan meningkatkan kelajuan pemotongan.

1Hidupkan suis perkakas (Gamb. 8).

2Tekan butang turbo (Gamb. 15).

Apabila anda mematikan perkakas, fungsi turbo dinyahaktif secara automatik.

Menyedut rambut yang dipotong

Mekanisme sedutan diaktifkan secara automatik sebaik sahaja anda menghidupkan perkakas. Ia menyedut rambut yang dipotong sepanjang setiap jenis penggunaan, iaitu merapi dengan dan tanpa sikat perapi dan membuat garis bentuk.

Kami menasihatkan anda agar membersihkan ruang pengumpulan rambut selepas setiap sesi perapian. Apabila anda merapikan janggut yang panjang dan tebal, anda juga perlu membersihkan ruang pengumpulan rambut semasa sesi perapian untuk mengekalkan prestasi sedutan optimum (lihat bab ‘Pembersihan’, bahagian ‘Ruang pengumpulan rambut’).

4222.002.8111.1

Page 6
Image 6
Philips QT4090, QT4070/32 manual Bahasa Melayu