Philips QT4070/32, QT4090 manual Kunci kembara

Models: QT4070/32

1 9
Download 9 pages 13.39 Kb
Page 7
Image 7
Kunci kembara

Nota: Untuk memastikan fungsi optimum sistem vakum, jangan potong melebihi 7mm daripada keseluruhan kepanjangan janggut anda pada satu-satu masa. Jika anda hendak memendekkan lagi janggut anda, ulangi proses ini sekali lagi atau lebih.

Kunci kembara

Anda boleh mengunci perkakas apabila anda mengembara. Kunci kembara dapat mengelakkan perkakas daripada dihidupkan dengan tidak sengaja.

Mengaktifkan kunci kembara

1Tekan dan tahan butang hidup/mati sekurang- kurangnya selama 6 saat.

,, Paparan menghitung mundur dari 3 hingga 1. Kemudian simbol kunci kembara muncul pada paparan untuk menunjukkan bahawa perkakas telah terkunci (Gamb. 16).

Menyahaktifkan kunci kembara

1Tekan dan tahan butang hidup/mati sekurang- kurangnya selama 6 saat.

,, Paparan menghitung mundur dari 3 hingga 1. Kemudian simbol kunci kembara hilang daripada paparan untuk menunjukkan bahawa perkakas kini tidak berkunci (Gamb. 16).

Nota: Kunci kembara dinyahaktif secara automatik apabila anda menyambung perkakas kepada sesalur kuasa.

Pembersihan

Jangan sekali-kali gunakan pad penyental, agen pembersih yang melelas atau cecair yang agresif seperti alkohol, petrol atau aseton untuk membersihkan perkakas.

Jangan sekali-kali tenggelamkan perkakas ke dalam air atau apa-apa cecair lain, atau membilaskannya di bawah paip.

Ruang pengumpulan rambut

1Matikan perkakas.

2Buka penutup ruang pengumpulan rambut (Gamb. 17).

3Keluarkan rambut daripada ruang pengumpulan rambut dan/atau keluarkan rambut menggunakan berus pembersih yang dibekalkan (Gamb. 18).

4Bersihkan penapis di dalam ruang pengumpulan rambut dengan berus pembersih yang dibekalkan (Gamb. 19).

Jangan sekali-kali gunakan objek tajam atau keras untuk membersihkan penapis untuk mengelakkan daripada merosakkannya.

5Tutup penutup ruang pengumpulan rambut.

Perkakas

1Tarik sikat perapi daripada perkakas (Gamb. 11).

2Tarik unit pemotongan daripada perkakas (Gamb. 12).

3Bersihkan unit pemotong dan bahagian dalam perkakas dengan berus yang dibekalkan (Gamb. 20).

4Pasang unit pemotong dan sikat perapi kembali pada perkakas (‘klik’) (Gamb. 21).

Penyimpanan

1QT4090 sahaja: Letakkan perkakas dalam pau penyimpanan yang dibekalkan.

2Simpan perkakas di tempat yang selamat dan kering.

Alam sekitar

-- Jangan buang perkakas bersama sampah rumah biasa apabila sampai akhir hayatnya, tetapi bawalah ia ke pusat pungutan rasmi untuk dikitar semula. Dengan berbuat begini, anda membantu memelihara alam sekitar (Gamb. 22).

-- Bateri boleh dicas semula binaan dalam mengandungi bahan yang mungkin mencemari alam sekitar. Sentiasa keluarkan bateri sebelum membuangnya dan bawa perkakas ke pusat pungutan rasmi. Jika anda menghadapi kesulitan mengeluarkan bateri, anda boleh juga membawa perkakas tersebut ke pusat servis Philips. Kakitangan pusat ini akan mengeluarkan bateri untuk anda dan akan melupuskannya dengan cara yang selamat alam sekitar.  (Gamb. 23)

Mengeluarkan bateri boleh cas semula

Jangan sambung perkakas kepada sesalur kuasa semula setelah anda membukanya.

Ikuti langkah-langkah di bawah untuk mengeluarkan bateri boleh cas semula.

1Cabut plag perkakas dari sesalur kuasa dan biarkan perkakas berjalan sehingga motornya berhenti.

2Buka penutup ruang pengumpulan rambut (Gamb. 17).

3Keluarkan 4 skru di dalam ruang rambut menggunakan pemutar skru (Gamb. 24).

4Tarik ruang pengumpulan rambut keluar daripada perkakas dengan agak kuat (Gamb. 25).

5Untuk mengeluarkan panel hadapan, sendalkan pemutar skru antara panel hadapan dan bahagian dalam perkakas (Gamb. 26).

6Keluarkan 4 skru pada bahagian dalam perkakas (Gamb. 27).

7Keluarkan panel dalaman (Gamb. 28).

8Keluarkan papan litar bercetak dengan bateri boleh cas semula bersambung dengannya (Gamb. 29).

9Potong wayar antara papan litar bercetak dan bateri boleh cas semula.

Jaminan dan servis

Jika anda memerlukan perkhidmatan atau maklumat atau jika anda menghadapi masalah, sila lawati laman web Philips di www.philips.com atau hubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips di negara anda (anda boleh mendapatkan nombor telefonnya di dalam risalah jaminan sedunia). Jika Pusat Layanan Pelanggan tidak terdapat di negara anda, hubungi wakil penjual Philips tempatan anda.

7

4222.002.8111.1

Page 7
Image 7
Philips QT4070/32, QT4090 manual Kunci kembara