Untuk keselamatananda, gunakan hanya aksesori dan bahagian ganti yang sepadan dengan perkakas anda, dijual oleh pusat perkhidmatanyang diluluskan.

Bilah sangat tajam: gunakannya dengan berhati-hati untuk mengelakkan kecederaan.

Jangan gunakan pengisar atau aksesorinya tanpa bahan dan jangan tuang cecair yang mendidih ke dalam jug.

Sentiasa gunakan jag pengisar dengan penutup (c4).

Sentiasa tuang bahan cecair ke dalam jug dahulu sebelum menambah bahan pepejal, tanpa melebihi paras maksimum.

Jangan letakkan jari anda atau sebarang objek lain dalam pengisar semasa perkakas sedang beroperasi.

Jangan gunakan mangkuk sebagai bekas untuk penyejukan, memasak atau pensterilan.

Jangan gunakan pengisar lebih daripada 3 minit secara berterusan.

Letakkan pengisar pada tempat kerja yang rata, stabil, tahan haba, bersih dan kering.

Jangan biarkan rambut yang panjang, ikatan,dll, tergantung pada jug pengisar atau aksesori semasa ia beroperasi.

Jangan gunakan pengisar di luar dalam udara terbuka.

Jangan tanggalkan penutup (c4) sebelum bilah telah berhenti berputarsepenuhnya.

Jangan gunakan perkakasini untuk mengisar atau mencampurkan item selain daripada bahan makanan.

SISTEM KESELAMATAN

Perkakas hanya boleh beroperasi semasa jug (C) atau aksesori (D atau E) diletakkan dalam kedudukan yang betul dan dikunci pada unit motor (A).

LANGKAH BERJAGA-JAGA: Bilah sangat tajam; gunakannya dengan berhati-hati semasa menggunakan atau mencuci perkakas.

MENGGUNAKAN UNTUK KALI PERTAMA

Sebelum menggunakan perkakas anda untuk kali pertama, cuci semua aksesori (C, D, E, F) dalam air sabun suam, kecuali untuk unit motor (A).

Pastikan semua bungkusan telah dikeluarkan sebelum mengoperasikan perkakas.

Nota penting: Putar pemilih kelajuan (B) kepada “0” sebelum meletakkan jug pengisar atau aksesori pada unit motor.

Perkakas bermula hanya jika jug atau aksesori diletakkan dengan betul dan dikunci pada badannya.

Jangan mengoperasikan pengisar jika tudung tidak berada pada tempatnya

MENGGUN AKAN PERKAKAS ANDA

Basahkan gasket (c2) dan letakkannya dengan betul pada unit bilah (c1): 3 lipatan gasket mesti boleh dilihat sebaik sahaja ia berada pada tempatnya. Jika ia diletakkan dalam arah yang lain, anda tidak boleh menguncinya pada unit bilah pada jag. (Rjh. 1).

26