Rice Cooker Fuzy Electronic_Mise en page 1 17/08/11 07:47 Page45

Saranan untuk mendapatkan hasil terbaik apabila memasak nasi

Sukat nasi dan dengan menggunakan penapis, cuci dengan sempurna di bawah air yang mengalir untuk satu jangkamasa (kecuali beras risotto yang tidak perlu dibilas). Kemudian masukkan beras ke dalam mangkuk bersama- sama dengan kuantiti air yang mencukupi.

Pastikan beras diratakan sepenuhnya di atas permukaan mangkuk untuk masakan yang sekata.

Tambah garam mengikut rasa.

Air boleh diganti dengan stok. Jika menggunakan stok, berkemungkinan nasi di bahagian bawah mangkuk akan sedikit perang.

Jangan buka penutup semasa memasak kerana wap akan keluar dan akan mengganggu masa memasak dan rasa masakan.

Setelah selesai memasak, apabila lampu penunjuk « KEKAL » menyala, kacau nasi dan biarkan di dalam periuk untuk beberapa minit lagi untuk memperolehi biji-biji nasi yang sempurna.

Fungsi « Expert » (Mahir)

Masa memasak yang diberikan dalam jadual hanyalah anggaran dan sebagai panduan sahaja.

• Letakkan peralatan di atas permukaan yang rata, stabil, tahan panas dan jauh daripada percikan air dan sumber haba.

• Tuangkan kuantiti beras yang dikehendaki ke dalam mangkuk dengan menggunakan cawan penyukat yang disediakan – Fig.9. Kemudian isikan air sehingga ke tanda « CAWAN » di dalam mangkuk tersebut (Sila rujuk kepada panduan memasak di atas) – Fig.10.

• Tutup penutup.

Nota: Sentiasa masukkan beras terlebih dahulu untuk mengelakkan air yang berlebihan.

• Tekan kekunci « Menu » semasa status sedia untuk memilih fungsi « Expert » (Mahir) sehingga lampu penunjuk menyala. Lampu penunjuk « START » (Mula) mula berkelip. Skrin LED memaparkan « -- ».

• Jika tidak perlu praset masa, tekan kekunci « START » (MULA) untuk memasukkan status memasak fungsi yang telah dipilih, penunjuk « START » akan terus menyala dan skrin LED akan paparkan « -- ».

• Jika perlu praset masa, tekan kekunci « Preset » (Praset), skrin akan paparkan masa praset minima, skrin akan paparkan « 2 ». Kemudian tekan « + » dan « - » untuk memulakan masa praset; setiap kekunci « + » atau « - » menambah atau mengurangkan satu jam. Masa praset ialah dari 2 hingga 15 jam. Apabila anda telah memilih masa praset yang diperlukan, tekan kekunci « START » (MULA) untuk memasukkan status memasak, penunjuk « START » akan terus menyala dan skrin LED akan

45

paparkan jumlah masa yang telah anda pilih.