Tefal OF1628KR manual Melayu, Langkah Pencegahan Penting

Page 15

TEFAL-NoticeFOUR_QUARTZTECH_NC00113545_Mise en page 1 17/05/12 08:40 Page14

Melayu

LANGKAH PENCEGAHAN PENTING:

Pastikan anda membaca semua arahan.

Perkakas ini bukan dimaksudkan berfungsi menggunakan suis masa luar atau sistem

kawalan jauh yang berasingan.

Perkakas ini bukan dimaksudkan digunakan oleh orang (termasuk kanak- kanak) yang kurang upaya dari segi fizikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka diawasi atau diberi arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh seorang yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.

Kanak-kanak mesti diawasi untuk memastikan mereka tidak bermain dengan perkakas ini.

Mengambil kira semua piawaian berbeza yang dikuatkuasakan, jika perkakas ini digunakan di negara selain daripada negara ia dibeli, pastikan ia diperiksa oleh sebuah pusat perkhidmatan yang diluluskan.

Jangan gerakkan perkakas ini ketika ia sedang digunakan.

Perkakas ini bukan dimaksudkan dibina ke dalam unit perabot lain. Letakkan ketuhar anda di tempat yang rata, stabil, permukaan kerja tahan panas atau unit dapur yang boleh menahan suhu sekurang-kurangnya 90°C.

Pastikan udara boleh mengalir dengan bebas di sekeliling perkakas anda.

Kami nasihatkan anda semasa menggunakannya buat pertama kali, gunakan ketuhar anda secara kosong (tanpa gril).

Biarkan jarak sekurang-kurangnya

2 sentimeter di antara bahan makanan dan elemen memanas di bahagian atas Adalah perkara biasa jika anda melihat sedikit asap atau menghidu bau perkakas baru keluar dari ketuhar ketika menggunakan perkakas buat pertama kalinya dan kejadian normal ini akan hilang dengan cepat.

Pastikan voltan utama anda bersesuaian dengan apa yang ditunjukkan pada perkakas (arus ulang alik saja).

Jangan gunakan perkakas jika:

-ia ada kord yang tidak sempurna atau rosak

-perkakas terjatuh dan menunjukkan tanda kerosakan atau kepincangan.

Dalam setiap kes ini, untuk mengelakkan sebarang risiko kepada keselamatan anda perkakas mesti di hantar kepada pusat perkhidmatan yang diluluskan yang terdekat.

Untuk memastikan keselamatan, jika kord kuasa rosak, ia mesti digantikan oleh sama ada pihak pengeluar, pusat perkhidmatan yang diluluskan atau orang yang berkelayakan sahaja.

Pastikan bekalan kuasa elektrik anda mencukupi untuk perkakas yang menggunakan kuasa ini.

Jangan biarkan kord kuasa tergantung atau terkena bahagian panas ketuhar.

Jangan mencabut palam perkakas dengan menarik kord kuasa.

Cabut palam perkakas jika anda perlu melakukan pembersihan menyeluruh ke atas perkakas atau ketika ribut taufan.

Hanya gunakan sambungan yang berkeadaan baik, dengan plag bumi dan kord pengaliran yang sekurang-kurangnya setebal kord yang disertakan bersama produk ini.

Cabut palam ketika perkakas tidak digunakan.

Untuk mengelakkan risiko kejutan elektrik, jangan masukkan kord, palam atau perkakas itu sendiri ke dalam air atau sebarang cecair lain.

Jangan letakkan perkakas hampir kepada sebarang sumber haba atau dekat dengan sebarang elemen elektrik. Jangan susun perkakas ini bertingkat dengan sebarang perkakas lain.

Permukaan boleh menjadi panas semasa digunakan. Perkakas ini berfungsi pada suhu tinggi yang mungkin menyebabkan melecur.

Jangan sentuh bahagian besi atau kaca ketuhar anda.

Pintu dan permukaan luar boleh menjadi panas semasa perkakas digunakan.

14

Image 15
Contents Page Page Page English Melayu Page English Important PrecautionsEnvironment protection first Keep These Instructions in a Safe PlacePage Page 2CM Page Pastikan bahwa Anda telah membaca semua petunjuk Peringatan PentingUtamakan perlindungan lingkungan hidup Simpan Petunjuk INI DI Tempat Yang AmanLangkah Pencegahan Penting MelayuPerlindungan persekitaran diutamakan Simpan Arahan INI DI Tempat Yang Selamat?539,=/7+,=2 80=9 ?78-0=9,.53/!?6 Hãy chắc chắn là bạn đọc toàn bộ hướng dẫn này LƯU Ý Quan TrọngBảo vệ môi trường là trên hết HÃY GIỮ BẢN Hướng DẪN NÀY Ở CHỖ AN ToànPage 230C Min Page Page Page Preheat Oven Before
Related manuals
Manual 1 pages 62.76 Kb