5085935-YA4:NOTICE 7/01/09 10:30 Page 19
Nota: Apabila memasak beras risotto untuk puding beras susu atau puding pencuci mulut ikut nisbah seperti yang terdapat dalam buku resepi kerana lebih banyak air diperlukan.
Apabila memasak puding beras nasi, gunakan beras risotto Arbario untuk menggantikan beras puding kerana ia lebih cepat dimasak dan memberikan hasil yang lebih baik. Ikut arahan dalam resepi. Jangan masak beras secara langsung di dalam susu kerana ia akan berbuih dan mendidih keluar melalui penutup.
Memasak nasi
Periuk nasi akan menentukan masa memasak bergantung kepada kuantiti air dan bahan- bahan yang dimasukkan ke dalam mangkuk (sila rujuk jadual memasak di atas untuk panduan masa memasak.).
Apabila air telah diserap ke dalam nasi, peralatan akan memberhentikan proses memasak secara automatik dan menukar status ke mod “KEKAL PANAS” (lampu oren penunjuk “KEKAL PANAS” akan menyala).
Masa memasak yang diberikan dalam jadual hanyalah anggaran dan sebagai panduan sahaja.
•Letakkan peralatan di atas permukaan yang rata, stabil, tahan panas dan jauh daripada percikan air dan sumber haba.
•Tuangkan kuantiti beras yang dikehendaki ke dalam mangkuk dengan MS menggunakan cawan penyukat yang disediakan. Kemudian isikan air sejuk sehingga ke tanda “CAWAN” di dalam mangkuk tersebut. (Sila rujuk kepada panduan memasak di atas) – Fig. 7.
•Tutup penutup.
Nota: Sentiasa masukkan beras terlebih dahulu untuk mengelakkan air yang berlebihan.
•Periksa sama ada plag peralatan telah disambung, Tolak suis mod ke kiri untuk memilih mod “NASI/KUKUS” – Fig. 8 dan kemudian tekan suis kawalan ke bawah, lampu penunjuk memasak berwarna merah akan menyala menandakan proses memasak telah bermula – Fig. 9.
•Apabila selesai memasak, peralatan akan bertukar ke mod kekal panas secara automatik dan lampu penunjuk kekal panas akan menyala – Fig. 10.
•Setiap kali selepas penggunaan, kosongkan dan bersihkan pengumpul wap.
Saranan untuk mendapatkan hasil terbaik apabila memasak nasi
•Sukat nasi dan dengan menggunakan penapis, cuci dengan sempurna di bawah air yang mengalir untuk satu jangkamasa (kecuali beras risotto yang tidak perlu dibilas). Kemudian masukkan beras ke dalam mangkuk
•Pastikan beras diratakan sepenuhnya di atas permukaan mangkuk untuk masakan yang sekata.
•Tambah garam mengikut rasa.
•Air boleh diganti dengan stok. Jika menggunakan stok, berkemungkinan nasi di bahagian bawah mangkuk akan sedikit perang.
•Jangan buka penutup semasa memasak kerana wap akan keluar dan akan mengganggu masa memasak dan rasa masakan.
•Setelah selesai memasak, apabila lampu penunjuk “KEKAL PANAS” menyala, kacau nasi dan biarkan di dalam periuk untuk beberapa minit lagi untuk memperolehi
Memasak Sup
Untuk memasak sup
•Tolak suis mod ke kanan untuk memilih mod “BUBUR/SUP” – Fig. 11 dan kemudian tekan suis kawalan ke bawah, lampu penunjuk memasak berwarna merah akan menyala menandakan proses memasak telah bermula – Fig. 9.
•Untuk menamatkan proses memasak, anda hendaklah menolak suis kawalan ke kedudukan teratas. Lampu penunjuk “KEKAL PANAS” berwarna oren akan menyala dan peralatan akan bertukar ke mod kekal panas – Fig. 12.
19