Tefal RK101270, RK101271 Menyukat bahan-bahan, Penyediaan, Untuk mengukus, Untuk memasak bubur

Page 23

5085935-YA4:NOTICE 7/01/09 10:30 Page 20

Mengukus (untuk sayuran, ikan dan sebagainya)

Menyukat bahan-bahan

Kuantiti air yang maksimum di dalam mangkuk tidak boleh melebihi paras maksimum “CAWAN” yang ditanda pada mangkuk – Fig. 7. Melebihi paras ini mungkin mengakibatkan limpahan semasa penggunaan.

Paras air sepatutnya lebih rendah daripada bakul kukusan.

Penyediaan

Masukkan air ke dalam mangkuk tetapi jangan melebihi paras maksimum “CAWAN”.

Letakkan bakul kukusan ke dalam mangkuk Fig. 13.

Masukkan bahan-bahan ke dalam bakul kukusan.

Untuk mengukus

Tolak suis mod ke kiri untuk memilih mod “NASI/KUKUS” Fig. 8 dan kemudian tekan suis kawalan ke bawah, lampu penunjuk memasak berwarna merah akan menyala menunjukkkan proses memasak telah bermula Fig. 9.

Anda perlu mengubahsuai masa memasak mengikut keperluan anda, cuma tolak suis kawalan ke atas ke kedudukan teratas untuk menamatkan proses memasak. Lampu penunjuk “KEKAL PANAS” berwarna oren akan menyala dan peralatan akan bertukar ke mod kekal panas – Fig. 10.

Memasak bubur

Untuk memasak bubur

Tolak suis mod ke kanan untuk memilih mod “BUBUR/SUP” Fig. 11 dan kemudian tolak suis kawalan ke bawah, lampu penunjuk memasak berwarna merah menyala menandakan proses memasak telah bermula Fig. 9.

Anda perlu menolak suis kawalan ke kedudukan teratas untuk menamatkan proses memasak. Lampu penunjuk “KEKAL PANAS” berwarna oren akan menyala dan peralatan bertukar ke mod kekal panas Fig. 12.

Anda boleh mengubahsuai paras air mengikut kesukaan. Secara amnya, ia memerlukan lebih kurang 8 cawan air untuk satu cawan beras.

Fungsi kekal panas

Apabila selesai memasak, untuk mod memasak nasi atau kukus, peralatan akan bertukar ke mod “KEKAL PANAS” secara automatik. Suis kawalan akan naik ke kedudukan teratas dan lampu penunjuk “KEKAL PANAS” berwarna oren akan menyala. Untuk mod memasak bubur atau sup, ia akan bertukar ke mod kekal panas apabila anda menolak suis kawalan ke kedudukan teratas dan lampu penunjuk “KEKAL PANAS” berwarna oren menyala. Makanan akan kekal panas dan sedia untuk dihidangkan. Berhati-hati kerana terlalu lama di dalam mod kekal panas akan mengurangkan kualiti nasi. Kami mencadangkan agar tidak membiarkan nasi dalam mod kekal panas lebih daripada satu jam setengah untuk produk ini. Untuk mematikan suis fungsi ini, tanggalkan plag peralatan – Fig. 14.

Setelah selesai memasak

Buka penutup.

Hidangkan makanan dengan menggunakan senduk plastik yang dibekalkan bersama-sama dengan peralatan dan tutup penutup.

Baki makanan yang berada di dalam mangkuk akan kekal panas untuk hidangan kedua.

Jangan lupa menanggalkan plag peralatan selepas kekal panas.

Wap yang keluar adalah sangat panas.

20

Image 23
Contents Ref.5085935 Rice Cooker Simply Control box 5085935-YA4NOTICE 7/01/09 1030 Page C4 For all 4 functions Clean the applianceDescription Unpack the applianceMeasuring the ingredients Max capacity of the bowl Rice CookingTo cook soup Some recommendations For best results when cooking riceSoup Cooking To cook congee Measuring the ingredientsPreparation To steam cookCondensation collector Cleaning and MaintenanceCleaning in a dishwasher Cleaning and care of the other parts of the appliance12. 露 15 分鐘 甸時, 用 否則會 會著 。 , 這 會造成 物的合適材料的各項 5085935-YA4NOTICE 7/01/09 1030 Easy cook 5085935-YA4NOTICE 7/01/09 1030 5085935-YA4NOTICE 7/01/09 1030 5085935-YA4NOTICE 7/01/09 1030 Untuk kesemua 4 fungsi KeteranganKeluarkan peralatan Cuci peralatanMenyukat bahan-bahan Kapasiti mangkuk yang maksimum Memasak NasiUntuk memasak sup Memasak SupUntuk memasak bubur Menyukat bahan-bahanPenyediaan Untuk mengukusMenjaga mangkuk tidak lekat Mencuci dan menyelenggaraPengumpul wap Mencuci dengan mesin pencuci pinggan
Related manuals
Manual 2 pages 16.09 Kb