18
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda dan selamat datang ke Philips! Untuk
mendapat manfaat sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan oleh
Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/welcome.
Penting
Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum anda menggunakan
perkakas dan simpannya untuk rujukan masa depan.
Bahaya
Jangan rendam unit motor di dalam air atau membilasnya di bawah
pili air.
amaran
Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada dasar perkakas
sepadan dengan voltan setempat sebelum anda menyambungkan
perkakas.
Jangan gunakan perkakas jika plag, kord utama atau bahagian lain
sudah rosak.
Jika kord sesalur rosak, ia mesti digantikan oleh Philips, pusat servis
yang dibenarkan oleh Philips atau pihak yang telah diluluskan bagi
mengelakkan bahaya.
Perkakas ini bukan dimaksudkan untuk digunakan oleh orang
(termasuk kanak-kanak) yang kurang upaya dari segi zikal, deria atau
mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka
diawasi atau diberi arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh
orang yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
Kanak-kanak kecil harus diawasi untuk memastikan mereka tidak
bermain dengan perkakas itu.
awas
Sentiasa letak perkakas di atas permukaan yang rata dan stabil.
Jangan menggunakan alat pemerah sitrus lebih lama dari 10 minit
berterusan.
Perkakas ini dimaksudkan untuk penggunaan di rumah sahaja.
Jangan sekali-kali menggunakan sebarang aksesori atau bahagian dari
pengilang lain atau yang tidak disarankan secara khusus oleh Philips.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
BaHasa MElayu