Tefal BL1401KR manual Menggunakan Peralatan Anda

Models: BL1401KR

1 54
Download 54 pages 25.16 Kb
Page 27
Image 27

AMARAN: Mata pisau pemotong adalah amat tajam, kendalikannya secara berhati-hati semasa mengguna, mencuci atau mengosongkan mangkuk.

Pastikan semua pembungkus telah dibuang sebelum menggunakan peralatan. Penting: Pastikan unit motor telah berhenti sepenuhnya, dengan butang (B) dan (C) dilepaskan sebelum memasang pemasang pengisar atau aksesori pada unit motor.

Jangan menggunakan peralatan jika penutup (D6) yang dilengkapi dengan pengedap (D5) tidak diletakkan pada mangkuk yang dipasang.

MENGGUNAKAN PERALATAN ANDA

Pastikan pengedap dipasang dan diletakkan dengan betul pada unit mata pisau (D1): lipatan pengedap patut boleh dilihat apabila ia dipasang dan pengedap sepatutnya rata, ia tidak sepatutnya dikancingkan (gambarajah1).

MS

Dengan butang “klik” (D2) unit mata pisau (D1) mengadap anda, letakkan dasar mangkuk (D4) pada alur (D3) (gambarajah2) dan kemudian pusing unit mata pisau (D1) ke arah mangkuk (gambarajah2b) sehingga ia terkunci, tekan bahagian atas butang klik (D2) bagi memastikan mangkuk (D4) dan unit mata pisau (D1) telah dipasang dengan betul (gambarajah 2c).

Masukkan ramuan ke dalam mangkuk tanpa melebihi paras maksimum yang 0.6L ditunjukkan untuk penyediaan pekat

dan 0.5L untuk penyediaan cecair

Jangan memasukkan cecair atau ramuan yang suhunya melebihi 60° C (140°F) ke dalam mangkuk pengisar.

Pasangan pengedap penutup (D5) di sekeliling penutup (D6) dan letakkan pemasang pada mangkuk (D4), kunci butang (D7) pada rerumah yang terletak di atas penutup.

Pasang mangkuk terpasang (D) kepada unit motor (A) dengan butang klik (D2) unit mata pisau selari dengan takuk yang terletak di depan unit motor (A) (gambarajah3), mangkuk (D) patut dimasukkan secukupnya ke dalam unit motor (A), jika tidak peralatan tidak akan berfungsi (gambarajah4).

Pasangkan palam peralatan dan tekan butang 1 (C) atau 2 (B), bergantung kepada kelajuan yang dikehendaki, tekan beberapa kali atau tekan butang dengan lama bagi penggunaan berterusan. Jangan menggunakannya secara berterusan selama 60 saat.

Untuk memberhentikan peralatan, lepaskan butang (B) atau (C). Cabut palam peralatan. Keluarkan mangkuk (D) daripada unit motor (A).

Pengisar herba (E) membolehkan anda, dalam hanya beberapa saat, untuk mencencang ramuan seperti: parsli, bawang, bawang putih, aprikot kering, daging (tanpa urat dan dipotong kecil), untuk membuat serbuk roti (roti rapuh, dsb.).

Jangan menggunakan pengisar herba untuk penyediaan cecair (jus buah).

Pengisar rempah (F) membolehkan anda, dalam hanya beberapa saat, untuk mengisar rempah menjadi serbuk (biji ketumbar, lada biji) dan daun kering pokok beraroma (pudina).

Aksesori-aksesori ini didatangkan bersama mangkuk yang menghalang capaian kepada mata pisau semasa ia sedang digunakan.

Pastikan pengedap dipasang dan diletakkan dengan betul pada unit mata pisau (E1) atau (F1) (gambarajah1), lipatan pengedap patut boleh dilihat apabila ia dipasang dan pengedap sepatutnya rata, ia tidak sepatutnya dikancingkan (gambarajah1).

Masukkan ramuan ke dalam mangkuk (E4) atau (F4).

25

Page 27
Image 27
Tefal BL1401KR manual Menggunakan Peralatan Anda