Jangan alihkan cerek bila ia sedang beroperasi.

Lindungi peralatan dari keadaan lembap dan beku.

Sentiasa guna penapis semasa kitaran pemanasan.

Jangan panaskan cerek bila ia kosong.

Letakkan cerek dan kord kuasa dengan baik di belakang permukaan kerja.

Jaminan meliputi kecacatan pengeluaran dan penggunaan domestik sahaja. Sebarang kebocoran atau kerosakan akibat dari kegagalan untuk mematuhi dengan arahan penggunaan in tidak dilindungi oleh jaminan.

SEBELUM MENGGUNAKAN PERALATAN BUAT PERTAMA KALI

1.Buang semua pembungkus, pelekat atau aksesori dari bahagian dalam dan luar cerek.

2.Selaraskan kepanjangan kord dengan menggulungnya ke bawah tapak. Sendalkan kord ke dalam takuk. (gambarajah 1)

Masak air dan buang untuk dua tiga kali terlebih dulu kerana ia mungkin mengandungi debu. Bilas cerek dan penapisnya berasingan.

PENGGUNAAN

1. UNTUK MEMBUKA PENUTUP, MENGIKUT MODEL

–– Penutup berengsel: tekan pada sistem kunci jika perlu dan tarik. (gambarajah 2)

–– Pembuka penutup terbantu: tekan pada sistem kunci dan penutup akan terangkat secara automatik. (gambarajah 3 / gambarajah 3.1)

–– Pembuka penutup automatik: tekan butang pada bahagian atas pemegang. (gambarajah 4)

–– Penutup boleh dikunci: pusing penutup ke kiri untuk membuka kuncinya dan angkat. (gambarajah 5)

Untuk menutup penutup, tekannya ke bawah atau pusingkannya ke kanan jika ia adalah penutup boleh kunci.

Penutu boleh alih : Jangan menggunakan cerek anda tanpa penutupnya. Jika penutupnya hilang atau rosak, sila hubungi pusat perkhidmatan selepas jualan anda.

(gambarajah 5.1)

2. LETAKKAN TAPAK PADA PERMUKAAN YANG RATA, STABIL DAN TAHAN HABA, JAUH DARIPADA PERCIKAN AIR ATAU SEBARANG SUMBER HABA.

Cerek hanya untuk digunakan bersama dengan tempat letak yang disertakan.

3. ISI CEREK DENGAN AIR SETAKAT YANG DIKEHENDAKI. (gambarajah 6)

Anda boleh mengisi air melalui muncungnya, yang memastikan penyenggaraan penapis yang lebih bagus. (mengikut model)

Jangan sesekali mengisi air ke dalam cerek ketika ia masih berada di tapaknya.

Jangan mengisi air melebihi paras maksimum, atau di bawah paras minimum. Jika

100

Page 102
Image 102
Tefal KI501DKR Sebelum Menggunakan Peralatan Buat Pertama Kali, Penggunaan, Untuk Membuka PENUTUP, Mengikut Model, 100