5085935-YA4:NOTICE 7/01/09 10:30 Page 20

Mengukus (untuk sayuran, ikan dan sebagainya)

Menyukat bahan-bahan

Kuantiti air yang maksimum di dalam mangkuk tidak boleh melebihi paras maksimum “CAWAN” yang ditanda pada mangkuk – Fig. 7. Melebihi paras ini mungkin mengakibatkan limpahan semasa penggunaan.

Paras air sepatutnya lebih rendah daripada bakul kukusan.

Penyediaan

Masukkan air ke dalam mangkuk tetapi jangan melebihi paras maksimum “CAWAN”.Letakkan bakul kukusan ke dalam mangkuk Fig. 13.Masukkan bahan-bahan ke dalam bakul kukusan.

Untuk mengukus

Tolak suis mod ke kiri untuk memilih mod “NASI/KUKUS” Fig. 8 dan kemudian tekan suis kawalan ke bawah, lampu penunjuk memasak berwarna merah akan menyala menunjukkkan proses memasak telah bermula Fig. 9.

Anda perlu mengubahsuai masa memasak mengikut keperluan anda, cuma tolak suis kawalan ke atas ke kedudukan teratas untuk menamatkan proses memasak. Lampu penunjuk “KEKAL PANAS” berwarna oren akan menyala dan peralatan akan bertukar ke mod kekal panas – Fig. 10.

Memasak bubur

Untuk memasak bubur

Tolak suis mod ke kanan untuk memilih mod “BUBUR/SUP” Fig. 11 dan kemudian tolak suis kawalan ke bawah, lampu penunjuk memasak berwarna merah menyala menandakan proses memasak telah bermula Fig. 9.

Anda perlu menolak suis kawalan ke kedudukan teratas untuk menamatkan proses memasak. Lampu penunjuk “KEKAL PANAS” berwarna oren akan menyala dan peralatan bertukar ke mod kekal panas Fig. 12.

Anda boleh mengubahsuai paras air mengikut kesukaan. Secara amnya, ia memerlukan lebih kurang 8 cawan air untuk satu cawan beras.

Fungsi kekal panas

Apabila selesai memasak, untuk mod memasak nasi atau kukus, peralatan akan bertukar ke mod “KEKAL PANAS” secara automatik. Suis kawalan akan naik ke kedudukan teratas dan lampu penunjuk “KEKAL PANAS” berwarna oren akan menyala. Untuk mod memasak bubur atau sup, ia akan bertukar ke mod kekal panas apabila anda menolak suis kawalan ke kedudukan teratas dan lampu penunjuk “KEKAL PANAS” berwarna oren menyala. Makanan akan kekal panas dan sedia untuk dihidangkan. Berhati-hati kerana terlalu lama di dalam mod kekal panas akan mengurangkan kualiti nasi. Kami mencadangkan agar tidak membiarkan nasi dalam mod kekal panas lebih daripada satu jam setengah untuk produk ini. Untuk mematikan suis fungsi ini, tanggalkan plag peralatan – Fig. 14.

Setelah selesai memasak

Buka penutup.

Hidangkan makanan dengan menggunakan senduk plastik yang dibekalkan bersama-sama dengan peralatan dan tutup penutup.

Baki makanan yang berada di dalam mangkuk akan kekal panas untuk hidangan kedua.

Jangan lupa menanggalkan plag peralatan selepas kekal panas.

Wap yang keluar adalah sangat panas.

20