5085935-YA4:NOTICE 7/01/09 10:30 Page 21

Mencuci dan menyelenggara

Pengumpul wap

Pengumpul wap perlu dikosongkan dan dicuci selepas setiap penggunaan.

Untuk membuka pengumpul, tekan kedua-dua belah penutup plastik dan keluarkannya Fig. 15.

Untuk memasang kembali pengumpul wap, tekan dengan ketat ke dalam alur.

Mangkuk, bakul kukusan,

pengumpul wap dan injap tekanan mikro

Apabila mencuci injap tekanan mikro, sila alihkan daripada penutup Fig. 16 dan buka dengan memutarnya ke arah “buka” Fig. 16.

Selepasmencuci,silakeringkannyadancantumkankedua-duasegitigabersamaFig. 16,danputarkanke arah“tutup”sehinggabunyi“ka”kedengarankemudianletakkaniakembalikedalampenutupperiuknasi.

Gunakan air panas, cecair pencuci dan span untuk mencuci mangkuk – Fig. 17, pengumpul wap – Fig. 18, injap tekanan mikro – Fig. 19, senduk dan cawan. Serbuk penyental dan span keluli tidak disarankan.

Sekiranya makanan terlekat di dasar, rendamkan mangkuk seketika sebelum mencuci.

Keringkan mangkuk dengan berhati-hati.

Jangan rendam peralatan di dalam air atau tuangkan air ke atasnya, hanya ke dalam mangkuk.

MS

Apa sahaja kesan perang dan calar yang mungkin kelihatan selepas beberapa jam digunakan adalah tidak menjadi masalah. Kami menjamin yang lapisan tidak lekat adalah mematuhi peraturan-peraturan pengendalian bahan-bahan yang sesuai digunakan dengan makanan.

Mencuci dengan mesin pencuci pinggan

Anda juga boleh mencuci mangkuk, bakul kukusan dan senduk dalam rak paling bawah mesin pencuci pinggan. Untuk mangkuk, ikut langkah-langkah di bawah dengan betul:

Apabila meletakkan mangkuk ke dalam mesin, berhati-hati supaya tidak merosakkan lapisan tidak lekat.

Setelah dicuci beberapa kali di dalam mesin pencuci pinggan, untuk menjadikan permukaan kelihatan baru semula, adalah disarankan untuk mengelap keseluruhan permukaan dalam mangkuk dengan sedikit minyak sayuran yang disapu ke atas tuala kertas.

Pastikan anda meletakkan kembali mangkuk ke dalam periuk nasi.

Menjaga mangkuk tidak lekat

Untuk memastikan kualiti mangkuk tidak lekat tahan selama yang mungkin adalah disarankan untuk tidak memotong makanan di dalamnya.

Gunakan alatan memasak plastik atau kayu dan bukan yang diperbuat daripada keluli apabila mengacau atau menghidang makanan untuk mengelakkan permukaan mangkuk daripada sebarang kerosakan.

Untuk mengelakkan mangkuk daripada berkarat, jangan masukkan cuka ke dalamnya.

Warna permukaan mangkuk mungkin berubah selepas penggunaan kali pertama atau selepas digunakan untuk satu jangkamasa tertentu. Perubahan warna ini adalah disebabkan oleh tindakbalas di antara wap dan air dan tidak akan mengakibatkan sebarang kesan terhadap penggunaan periuk nasi dan tidak membahayakan kesihatan. Ia masih selamat untuk digunakan.

Mencuci dan menjaga bahagian-bahagian lain peralatan

Tanggalkan plag peralatan sebelum mencuci.

Cuci bahagian luar periuk nasi, bahagian dalam penutup Fig. 20 dan wayar dengan kain lembap dan keringkan. Jangan gunakan produk yang kesat.

Jangan gunakan air untuk mencuci bahagian dalam peralatan kerana ia mungkin mengakibatkan kerosakan kepada sensor haba.

21

Page 24
Image 24
Tefal RK101271 Mencuci dan menyelenggara, Pengumpul wap, Mencuci dengan mesin pencuci pinggan, Menjaga mangkuk tidak lekat