Buat pra pemilihan kelajuan permulaan mengikut keperluan anda (lihat jadual di atas), kemudian pilih mod PENGURANGAN atau mod VARIASI (menggunakan kaedah yang dite- MS rangkan di bawah):

-Tekan butang “C” sekali, mod “VARIASI” diaktifkan dan penunjuk “VARIASI” dipaparkan.

-Tekan butang “C” sekali lagi, mod “PENGURANGAN” diaktifkan dan penunjuk “PENGURAN- GAN” dipaparkan

-Tekan butang “C” sekali lagi untuk menghentikan fungsi ini.

Variasi Pengurangan

BERHENTI

• Butang “D”:

-Tekan butang “D” sekali; alat dihidupkan pada kelajuan 1 dan penunjuk / dipaparkan.

-Tekan butang “D” kali kedua; alat bertukar ke kelajuan 2 dan penunjuk / dipaparkan.

-Tekan butang “D” kali ketiga; alat bertukar ke kelajuan 3 dan penunjuk / dipaparkan.

-Jika anda tekan semula butang “D”; alat bertukar semula ke kelajuan 1 dan penunjuk / dipa- parkan.

Tekan butang “E” untuk tutup perkakas dengan segera

ALAT KAWALAN JAUH MOD. VU6525/55

Butang alat kawalan jauh adalah sama seperti panel kawalan alat.

Maklumat dihantar kepada alat melalui LED transmisi inframerah yang terletak pada bahagian hadapan alat kawalan jauh. Penerima inframerah terletak pada panel kawalan kipas.

Jangan calarkan atau tutup LED transmisi, atau penerima inframerah pada kipas.

Untuk menggunakan alat kawalan jauh, halakan LED transmisi ke arah penerima inframerah pada kipas dan tekan butang yang dikehendaki.

Pastikan tiada sekatan antara LED transmisi dan penerima. Jarak maksimum dianggarkan 6 meter daripada kipas. Kuasa alat kawalan jauh:

Alat kawalan jauh mendapat bekalan kuasa daripada dua biji bateri alkali jenis AAA atau LR03 dan tidak dibekalkan bersama alat kawalan jauh.

Selitkan bateri ke dalam bekas bateri dengan mengikut kutub bateri seperti yang ditunjukkan pada bekas.

Setiap kali arahan diberikan kepada panel kawalan, kipas akan berbunyi bip.

PEMBERSIHAN

Palam alat anda perlu dicabut sebelum memulakan sebarang kerja pembersihan.

Anda boleh membersihkannya menggunakan kain yang agak lembap.

PENTING: Jangan gunakan produk menghakis yang boleh merosakkan penampilan alat anda.

PENYIMPANAN

Simpan alat anda di tempat yang kering apabila anda tidak menggunakannya.

Apabila menyimpan alat anda untuk tempoh yang lama, alih keluar bateri daripada alat kawa- lan jauh (mod. VU6525/VU6555).

PENTING:

Anda disyorkan supaya mencabut palam alat anda apabila ia tidak digunakan.

10