GB CN CN JA KO TH MA
9. Menggunakan set kepala Jabra BT8010 untuk panggilan telefon
Operasi untuk
1.Untuk menjawab panggilan
•Anda menjawab panggilan terus pada set kepala dengan mengetik butang Jawab/Tamat. Satu ketik mudah pada butang Jawab/Tamat pada set kepala akan mendapatkan dan memindahkan panggilan ke set kepala.
2.Untuk menamatkan atau menafikan panggilan
•Satu ketik pada butang Jawab/Tamat membatalkan panggilan semasa
•Anda juga boleh menafikan panggilan masuk terus dari set kepala. Tekan butang Jawab/Tamat dan panggilan akan dinafikan. Bergantung pada tetapan telefon anda, orang yang memanggil anda sama ada akan dialihkan ke mel suara anda atau mendengar isyarat sibuk.
3.Untuk membuat panggilan
•Jika anda membuat panggilan dari telefon bimbit anda, panggilan tersebut akan (tertakluk kepada tetapan telefon) dipindahkan secara automatik ke set kepala anda. Jika telefon anda tidak menyokong fungsi ini, ketik butang jawab/tamat pada BT8010 untuk menerima panggilan pada set kepala
•Pendailan suara akan diaktifkan dengan satu ketik pada butang Jawab/Tamat. Untuk maklumat lanjut tentang ciri ini, sila rujuk kepada panduan pengguna telefon anda. Anda akan mendapat keputusan terbaik jika anda merekod tag pendailan suara melalui set kepala anda.
•Aktifkan pendailan nombor terakhir dengan menekan butang Jawab/ Tamat pada set kepala anda.
4.Panggilan menunggu dan menunda panggilan
•Tekan butang Jawab/Tamat sekali untuk menunda panggilan semasa dan menjawab panggilan yang menunggu.
•Ketik butang Jawab/Tamat untuk menamatkan perbualan semasa.
•Tukar antara dua panggilan dengan menekan butang Jawab/Tamat.
10. Menggunakan set kepala Jabra BT8010 untuk muzik stereo
Sebelum memainkan muzik, sila aktifkan unit stereo untuk pengalaman stereo sepenuhnya. Sila rujuk ke bahagian “5 Memakai Jabra BT8010 anda” untuk maklumat tentang cara memakai set kepala.
Sila pastikan bahawa set kepala berada dalam mod muzik (ikon mod muzik tertanda pada paparan).
1.Main / Henti Seketika
•Ketik butang Jawab/Tamat.
2.Langkau lagu ke depan
•Ketik dua kali butang Jawab/Tamat
3.Hentikan muzik
•Tekan butang Jawab/Tamat
11. Fungsi canggih Jabra BT8010
Anda boleh memilih antara “Senarai Panggilan”, “Buku Telefon” dan “Tetapan” dalam menu. Sila ambil perhatian bahawa sesetengah
Untuk mengakses dan bergerak dalam menu:
Jika paparan terkunci, sila tekan dan tahan butang menu.
•Ketik butang menu untuk memasuki menu
•Gunakan roda putar untuk skrol ke atas dan ke bawah menu
•Ketik butang Jawab/Tamat untuk memilih item
•Ketik butang menu untuk kembali ke dalam menu
1. Senarai panggilan
Item ini mengakses 15 panggilan masuk terkini, untuk panggilan semula terus dari set kepala dengan mudahnya.
•Akses menu dan pilih “Call list (Senarai panggilan)”
•Pilih antara “List (Senarai)” dan “Reset list (Set semula senarai)”
•Dengan memilih “List (Senarai)”, anda akan melihat senarai panggilan masuk terkini
•Pergi ke nombor yang diingini
•Ketik butang Jawab/Tamat untuk memanggil nombor terpilih
•Pilih “Set semula senarai” untuk mengosongkan senarai panggilan
GB CN CN JA KO TH MA
114 | RELEASE YOUR JABRA | Jabra BT8010 Bluetooth headset | 115 |
|
|