Jabra BT8010 Perlukan bantuan lanjut?, Menjaga set kepala anda, Kawalan saya tidak berfungsi

Models: BT8010

1 64
Download 64 pages 62.17 Kb
Page 62
Image 62
Kawalan saya tidak berfungsi

GB CN CN JA KO TH MA

Kawalan saya tidak berfungsi

Sila semak dan pastikan set kepala terpasang dan kemudian tekan dan tahan butang menu untuk membuka kawalan set kepala.

Paparan saya tertutup

Sila pastikab set kepala terpasang dan kemudian ketik butang menu untuk mengaktifkan paparan.

Saya mengalami masalah pengaliran stereo dari peranti lain (PC, pemain MP3 dan sebagainya).

Pastikan peranti lain menyokong Bluetooth 1.1 atau 1.2 dan Profil Pengagihan Audio Canggih (A2DP) untuk stereo Bluetooth. Bagi mengawal pemain muzik telefon dari set kepala, pastikan Profil Kawalan Jarak Jauh Audio Video (AVRCP) adalah disokong. Sila rujuk panduan peranti lain untuk cara pemasangan dengan set kepala.

Saya boleh mendengar stereo tetapi butang kawalan muzik tidak berfungsi Peranti yang berpasangan mesti menyokong profil Bluetooth untuk kawalan jarak jauh dan AVRCP untuk memastikan bahawa butang kawalan muzik berfungsi. Jika peranti tersambung merupakan peranti utama anda, cuba untuk sambung semula dengan memasang atau menyahpasang set kepala atau peranti.

Sila ambil tahu bahawa sesetengah ciri-ciri hanya boleh dioperasikan dari peranti utama. Sila rujuk bahagian “7 Bekerja dengan dua peranti bersambungan”.

Saya tidak boleh menggunakan fungsi nafi panggilan, tunda panggilan, pendailan semula atau pendailan suara

Ciri-ciri ini bergantung kepada kebolehan telefon anda untuk menyokong profil bebas tangan. Sila rujuk panduan telefon anda untuk maklumat lanjut.

Sila ambil tahu bahawa sesetengah ciri-ciri hanya boleh dioperasikan dari peranti utama. Sila rujuk bahagian “7 Bekerja dengan dua peranti bersambungan”.

Adakah mungkin untuk mendengar radio melalui telefon saya dengan Jabra BT8010?

Keupayaan mendengar radio melalui Bluetooth bergantung kepada telefon anda. Kebanyakan telefon bimbit semasa dalam pasaran memerlukan set kepala dengan kord di mana kord berfungsi sebagai antena.

14. Perlukan bantuan lanjut?

1.Web: www.Jabra.com (untuk maklumat sokongan dan Manual Pengguna dalam talian terkini)

2.Telefon bebas tol Isnin hingga Jumaat

Nombor Bebas Tol:

 

Australia:

1-800-083-140

(10:00 – 19:00)

China:

800-858-0789

(08:00 – 19:00)

Hong Kong:

800-968-265

(08:00 – 17:00)

Indonesia:

001-803-852-7664

(08:00 – 17:00)

Jepun:

0034-800-400-594

(09:00 – 18:00)

Malaysia:

1800-812-160

(08:00 – 17:00)

New Zealand:

0800-447-982

(12:00 – 21:00)

Singapura:

800-860-0019

(08:00 – 17:00)

Taiwan:

0080-186-3013

(08:00 – 19:00)

India:

000-800-852-1185

(05:30 – 14:30)

Filipina:

1800 765 8068

(08:00 – 17:00)

15. Menjaga set kepala anda

Sentiasa simpan Jabra BT8010 anda di tempat yang selamat dengan kuasa dimatikan.

Elakkan penyimpanan dalam suhu melampau (melebihi 45°C/113°F, termasuk sinaran langsung cahaya matahari, atau di bawah -10°C/14°F). Ini boleh memendekkan jangka hayat bateri dan boleh menjejaskan operasi. Suhu tinggi juga boleh menurunkan prestasi. Suhu rendah (serendah -10C/114F) akan memendekkan jangka hayat bateri dan mungkin menjejaskan operasi tetapi tidak akan merosakkan Jabra BT8010 secara kekal.

Jangan dedahkan Jabra BT8010 kepada hujan atau kelembapan.

GB CN CN JA KO TH MA

118

RELEASE YOUR JABRA

Jabra BT8010 Bluetooth headset

119

 

 

Page 62
Image 62
Jabra BT8010 Perlukan bantuan lanjut?, Menjaga set kepala anda, Kawalan saya tidak berfungsi, Paparan saya tertutup