Bahasa Malaysia

11Menjaga set kepala anda

Sentisa simpan Jabra BT500v dengan kuasanya dimatikan dan dilindungi dengan selamat..

Elakkan disimpan pada suhu yang melampau (melebihi 45°C/113°F – termasuk sinaran langsung matahari – atau di bawah -10°C/14°F).. Ini boleh memendekkan hayat bateri dan mungkin menjejas pengoperasiannya.. Suhu tinggi mungkin boleh juga menurunkan ?? prestasinya..

Jangan dedahkan Jabra BT500v kepada hujan atau cecair-cecair lain..

12Waranti

Jabra (GN Netcom) menjamin produk ini terhadap semua kecacatan material dan pembuatan bagi tempoh satu tahun daripada tarikh pembelian asal.. Syarat-syarat waranti ini dan tanggungjawab kami di bawah waranti ini adalah seperti berikut:

Waranti adalah terhad kepada pembeli asal..

Satu salinan resit anda atau sebarang bukti pembelian yang lain adalah diperlukan.. Tanpa bukti pembelian,waranti anda didefinisikan sebagai bermula pada tarikh pengeluaran yang dilabelkan pada produk berkenaan..

Waranti ini adalah tidak sah sekiranya nombor siri, label kod tarikh atau label produk dibuka, atau sekiranya produk terdedah kepada tindakan fizikal, pemasangan yang tidak betul, pengubahsuaian, atau pembaikan oleh pihak ketiga yang tidak bertauliah..

Tanggungjawab produk-produk Jabra (GN Netcom) adalah terhad kepada pembaikan atau penggantian produk berkenaan mengikut pertimbangannya sendiri..

Sebarang waranti tersirat pada produk-produk Jabra (GN Netcom) adalah terhad kepada satu tahun daripada tarikh pembelian semua bahagian, termasuk sebarang kord atau penyambung..

Terkecuali secara spesifik daripada sebarang waranti adalah komponen-komponen boleh guna hayat terhad bergantung kepada kehausan dan kelusuhan biasa, seperti mikrofon cermin depan, kusyen telinga, kemasan hiasan, bateri, dan aksesori-aksesori lain..

Jabra (GN Netcom) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan sampingan atau secara langsung yang timbul akibat penggunaan atau penyalahgunaan sebarang produk Jabra (GN Netcom)..

Waranti ini memberikan anda hak-hak spesifik dan mungkin mendapat hak-hak lain yang berbeza-beza mengikut kawasan-kawasan..

Kecuali diarahkan sebaliknya dalam Manual Pengguna, pengguna tidak boleh, dalam sebarang keadaan, cuba untuk melakukan servis, pelarasan atau pembaikan ke atas unit ini, sama ada semasa atau selepas tempoh waranti.. Ia mesti dikembalikan ke tempat pembelian, kilang atau agensi servis bertauliah bagi kerja-kerja berkenaan..

Jabra (GN Netcom) tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan atau kerosakan yang berlaku semasa penghantaran.. Sebarang kerja pembaikan pada produkproduk Jabra (GN Netcom) oleh pihak ketiga yang tidak bertauliah akan membatalkan sebarang waranti..

13Kelulusan pengiktirafan dan keselamatan

China: Mematuhi peruntukan-peruntukan Peraturan Radio China..

Republik Korea: Disahkan di bawah peruntukan-peruntukan Peraturan bagi Pensijilan Peralatan Maklumat dan Komunikasi oleh Ketua Pengarah Makmal Penyelidikan Radio (Kementerian Maklumat dan Komunikasi)

Taiwan: Diluluskan oleh Ketua Pengarah Telekomunikasi (Kementerian Pengangkutan dan Komunikasi)..

Singapura: Diluluskan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Infocomm Singapura (IDA) untuk dijual dan digunakan dalam Singapura..

FCC

Peranti ini mematuhi bahagian 15 Undang-Undang FCC..Operasinya adalah tertakluk kepada dua syarat berikut: (1) Peranti ini tidak boleh menyebabkan gangguan yang membahayakan, dan (2) peranti ini mesti menerima sebarang gangguan yang diterima, termasuk gangguan yang mungkin menyebabkan operasi yang tidak diingini..

CE

Produk ini ditandakan CE mengikut peruntukan-peruntukan dalam Arahan R & TTE (99/5/EC)..

Bluetooth

Tanda perkataan Bluetooth® dimiliki oleh Bluetooth SIG, Inc.. dan sebarang penggunaan tandatanda berkenaan oleh GN Netcom adalah dengan mendapat lesen..Tanda niaga- tanda niaga dan nama dagang lain adalah milik pemilik masing-masing..

Bahasa Malaysia

58

59

Page 32
Image 32
Lennox Hearth BT500V user manual Menjaga set kepala anda, Waranti, Kelulusan pengiktirafan dan keselamatan