Philips AC4065, AC4055 manual 30Bahasa Melayu, Pengenalan, Penapisan dalam beberapa peringkat

Models: AC4055 AC4065

1 56
Download 56 pages 440 b
Page 30
Image 30
30Bahasa Melayu

30Bahasa Melayu

Pengenalan

Tahniah ke atas pembelian anda, dan selamat datang ke Philips! Untuk mendapat manfaat sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftarkan produk anda di www.philips. com/welcome.

Dengan Sistem Udara Bersih yang baru ini anda menyedut udara yang lebih bersih. Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, letakkan Sistem Udara di dalam bilik di mana anda banyak menghabiskan masa anda, cth. bilik istirehat atau bilik tidur.

Di mana sahaja terdapat orang, tanaman atau binatang kesayangan, terdapat zarah bawaan udara yang boleh menjejaskan kesejahteraan anda, terutamanya jika anda menghidap alergi. Disebabkan oleh zarah ini, udara di dalam sesebuah bilik mungkin lebih tercemar daripada udara di bandar raya yang besar.

Biasanya, zarah tidak dapat dilihat dan tidak berbau. Namun demikian ia boleah menjejaskan kesihatan anda. Sistem Udara Bersih mengurangkan jumlah virus, bakteria, bulu haiwan dan bahan cemar industri di dalam udara, yang meningkatkan mutu udara.

Penapisan dalam beberapa peringkat

Pembersih udara mempunyai sistem penapisan berbilang peringkat yang unik yang menjamin mutu udara yang terbaik:

-Peringkat 1: Pra penapis menangkap zarah besar.

-Peringkat 2: Pengecas zarah corona mengecas zarah yang lebih halus.

-Peringkat 3: Penapis zarah ESP memerangkap zarah ultra halus yang bercas.

-Peringkat 4: Oksigen aktif mensterilkan bakteria dan virus yang terperangkap.

-Peringkat 5: penapis gas zeolite memerangkap rangkaian gas dan bau merbahaya yang meluas.

-Peringkat 6: Oksigen aktif bertindak dengan penapis gas zeolite untuk membersihkan gas dan bau yang terperangkap, supaya penapis tersebut disegarkan semula.

Perihalan umum (Gamb. 1)

ASalur masuk udara

BSalur keluar udara

CPanel kawalan AC4065/AC4055

1 Lampu bersedia

2 Lampu Kawalan UdaraCerdik

3 Lampu GalakKuasa

4 Lampu kelajuan untuk kelajuan rendah, sederhana dan tinggi

5 Penunjuk kualiti udara

6 Butang pilihan fungsi

7 Lampu pemasa (1, 4 atau 8 jam)

8 Butang pemasa

DPanel kawalan AC4063/AC4053

1 Butang hidup/mati

2Lampu kelajuan untuk kelajuan rendah, sederhana dan tinggi

3 Gelangsar pilihan kelajuan

E Panel hadapan F Penapis zarah ESP

G Pra-tapis

H Penapis gas Zeolite I Berus

J Pengecas zarah corona

K Ceruk

L Badan perkakas M Pemegang

Page 30
Image 30
Philips AC4065, AC4055 manual 30Bahasa Melayu, Pengenalan, Penapisan dalam beberapa peringkat, Perihalan umum Gamb