Philips AC4108, AC4118 Mengeluarkan penapis, Memasukkan penapis, Jaminan dan servis, Alam sekitar

Models: AC4108 AC4118

1 56
Download 56 pages 42.21 Kb
Page 35
Image 35
Mengeluarkan penapis

Bahasa Melayu 35

Nota: Anda mungkin perlu menggantikan penapis gas zeolite lebih awal dalam keadaan penggunaan yang melampau (persekitaran merokok, bilik yang baru diubah suai, penggunaan bukan domestik, dsb.) dan penyelenggaraan yang tidak mencukupi.

,Gantikan penapis gas zeolite apabila anda hendak menggantikan penapis zarah ESP.

,Penapis zarah ESP baru boleh didapati di bawah nombor jenis yang berikut:

-AC4117 untuk Sistem UdaraBersih AC4054/AC4052

-AC4118 untuk Sistem UdaraBersih AC4064/AC4062

Mengeluarkan penapis

Petua: Letakkan perkakas pada dinding agar lebih stabil apabila anda mengeluarkan atau memasukkan penapis.

1Letakkan jari anda di dalam ceruk sisi panel.Tarik dengan perlahan bahagian atas panel depan perkakas (1) dan kemudian angkat panel ke atas untuk mengeluarkannya (2) (Gamb. 3).

2Untuk menanggalkan penapis zarah ESP, pegang pemegang penapis pada kedua-dua sisi dan luncur keluarkan penapis dari perkakas perlahan-lahan. (Gamb. 4)

3Untuk mengeluarkan penapis gas zeolite, luncurkannya keluar daripada perkakas (Gamb. 18).

Nota: Anda hanya boleh mengeluarkan penapis gas zeolite selepas anda telah mengeluarkan penapis zarah ESP.

4Untuk mengeluarkan pra-tapis, luncurkan keluar dari perkakas (Gamb. 19).

Memasukkan penapis

Petua: Letakkan perkakas pada dinding agar lebih stabil apabila anda mengeluarkan atau memasukkan penapis.

Nota: Pastikan anda memasukkan penapis dalam kedudukan yang betul (dengan anak panah menghadap ke arah atas).

Nota: Perkakas dilengkapi dengan peranti keselamatan. Jika anda tidak meletakkan penapis zarah ESP, penapis gas zeolite dan panel hadapan dengan betul, anda tidak boleh menghidupkan perkakas.

1Luncurkan penapis gas zeolite ke dalam perkakas. (Gamb. 5)

2Luncurkan penapis zarah ESP ke dalam perkakas (Gamb. 6).

3Luncurkan pra-tapis ke dalam perkakas. (Gamb. 20)

4Untuk menyambungkan semula panel hadapan, masukkan bahagian tepi sebelah bawah dahulu

(1) dan kemudian tekan bahagian atas semula (2) (Gamb. 7).

Jaminan dan servis

Jika anda memerlukan maklumat atau jika anda menghadapi masalah, sila lawati laman web Philips di www.philips.com atau hubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips di negara anda (anda boleh mendapatkan nombor telefonnya di dalam risalah jaminan sedunia). Jika tiada Pusat Layanan

Pelanggan di negara anda, hubungi wakil pengedar Philips tempatan anda.

Alam sekitar

-Jangan buang perkakas bersama sampah rumah biasa pada akhir hayatnya, tetapi bawanya ke pusat pungutan rasmi untuk dikitar semula. Dengan melakukan sedemikian anda akan membantu memelihara alam sekitar (Gamb. 21).

Page 35
Image 35
Philips AC4108, AC4118 manual Mengeluarkan penapis, Memasukkan penapis, Jaminan dan servis, Alam sekitar, Bahasa Melayu