41
pengenalan
Tahniah atas pembelian anda, dan selamat datang ke Philips! Untuk mendapat manfaat sepenuhnya
daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/welcome
.
perihalan umum (gamb. 1)
A Pemilih kelajuan
B Butang hidup/mati
C Butang kelajuan turbo
D Unit motor
E Butang pelepas
F Bar pengisar dengan unit bilah bersepadu
G Penutup pelindung bar pengisar
H Bikar
I Tudung bikar
J Pemukul
K Unit gandingan pemukul
L Penutup pelindung untuk unit mata pisau
M Penolak
N Tudung mangkuk
O Cakera gabungan (penghirisan/pemayangan)
P Pemegang alat
Q Unit pisau
R Butang pelepas tudung
S Mangkuk
penting
Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum anda menggunakan perkakas dan simpan untuk
rujukan masa depan.
Bahaya
- Jangan sekali-kali merendam unit motor di dalam air atau sebarang cecair lain, mahupun
membilasnya di bawah pili air. Hanya gunakan kain lembap untuk membersihkan unit motor.
amaran
- Pastikan bahawa voltan yang dinyatakan pada perkakas sepadan dengan voltan sesalur kuasa
tempatan anda.
- Jangan gunakan perkakas jika plag, kord sesalur kuasa atau bahagian lain telah rosak.
- Jika kord sesalur kuasa rosak, ia mesti diganti oleh Philips, pusat servis yang dibenarkan oleh
Philips ataupun pihak lain seumpamanya yang layak bagi mengelakkan bahaya.
- Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang
upaya dari segi zikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali
mereka telah diberi pengawasan atau arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang
yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
- Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa mereka tidak bermain dengan
perkakas ini.
- Jangan gunakan jari anda atau objek (contohnya spatula) untuk menolak bahan-bahan ke dalam
tiub suapan semasa perkakas sedang berjalan. Hanya gunakan penolak untuk tujuan ini.
- Jangan sentuh pinggir keratan unit mata pisau dan cakera gabungan, terutamanya apabila
perkakas diplag masuk. Pinggir keratan adalah sangat tajam.
- Jika unit pisau tersekat, cabut plag perkakas sebelum anda mengeluarkan bahan-bahan
yang menyekat unit pisau.
BaHasa MElayu