Suhu pencukur mungkin terlalu tinggi. Dalam
keadaan ini, pencukur tidak akan dapat berfungsi
dan tanda seru pada paparan akan berkelip. Sebaik
sahaja suhu pencukur telah menurun secukupnya,
anda boleh menghidupkan semula pencukur itu.
3 Mengapakah pencukur tidak bersih
keseluruhannya selepas saya membersihkannya
dalam Sistem Pembersih Jet?
Cecair pembersih di dalam ruang membersih
mungkin kotor. Kosongkan dan bilas ruang
membersih.
Paras cecair pembersih mungkin terlalu rendah.
Jika isi padu cecair di dalam ruang pembersihan
jatuh di bawah paras minimum semasa program
pembersihan, program akan terhenti. Lampu
pembersihan dan simbol ‘ruang pembersih kosong’
mula berkelip dengan berselang dan pemegangnya
kembali ke kedudukan asalnya. Isi semula ruang
pembersihan dengan cecair pembersih sehingga
ke penunjuk MAX (lihat bab ‘Pembersihan dan
penyelenggaraan’).
Anda mungkin telah menggunakan cecair
pembersih yang lain selain cecair pembersih
Philips yang asal. Hanya gunakan cecair pembersih
HQ200 sahaja.
4 Mengapakah Sistem Pembersih Jet tidak hidup
apabila saya menekan butang hidup/mati?
Sistem Pembersih Jet mungkin tidak
disambungkan pada salur utama. Letakkan plag
kecil ke dalam Sistem Pembersih Jet dan masukkan
penyesuai ke dalam soket dinding.
Mungkin tidak terdapat sambungan elektrik antara
Sistem Pembersih Jet dengan pencukur. Tekan
pencukur dengan kuat ke dalam pemegang untuk
menguncikannya pada kedudukannya.
-
-
-
-
-
-
Bahasa MElayu120