98
Pengenalan
Terima kasih kerana telah membeli pencukur
Philips ini. Sila baca manual pengguna ini, kerana ia
mengandungi maklumat mengenai ciri hebat serta
beberapa petua untuk bercukur dengan lebih mudah
dan lebih menyeronokkan.
Penting
Baca manual pengguna sebelum anda menggunakan
pencukur ini, Sistem Pembersih Jet dan Power Pod.
Simpan manual pengguna untuk rujukan pada masa
hadapan.
Bahaya
Pastikan plag penyesuai tidak basah.
amaran:
Berhati-hati dengan air panas. Sentiasa periksa agar
air tidak begitu panas, untuk mengelakkan tangan
anda daripada kelecuran.
Plag penyesuai mengandungi transformer. Jangan
potong plag penyesuai untuk menggantikannya
dengan plag yang lain kerana ini akan menimbulkan
situasi berbahaya.
Perkakas ini bukan dimaksudkan untuk digunakan
oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang
upaya dari segi zikal, deria atau mental, atau
kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali
mereka diawasi atau diberi arahan berkenaan
penggunaan perkakas ini oleh orang yang
bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
Kanak-kanak kecil harus diawasi untuk memastikan
mereka tidak bermain dengan perkakas itu.
awas
Jangan gunakan pencukur, Sistem Pembersih Jet,
Power Pod atau penyesuai jika ia telah rosak.
-
-
-
-
-
-
Bahasa MElayu