Kedudukan untuk mendidihkan air atau kedudukan untuk suhu sesuai bagi diminum segera. (gambarajah 7)

6. MENGHIDUPKAN CEREK

Tekan butang on/off yang terletak di atas atau di bawah pemegang mengikut model. (gambarajah 8)

7. BAGI CEREK YANG MEMPUNYAI SUIS SUHU

jika anda segera mengalihkan kedudukan ke kedudukan selepas memanaskan air, cerek tersebut akan dihidupkan semula. Jika anda merasakan ia memakan masa yang lama, anda boleh menambahkan air sejuk untuk mempercepatkan pemanasan semula.

8.CEREK MUNGKIN MEMPUNYAI LAMPU DALAMAN, BERGANTUNG PADA MODEL9.CEREK AKAN MATI SECARA AUTOMATIK

sebaik sahaja air mencapai tahap didih atau suhu yang dipilih. Anda boleh memberhentikannya secara manual, sebelum mengalihkannya daripada tapak untuk menuang air. Bergantung pada model, lampu dalaman dan lampu penunjuk akan terpadam apabila air mencapai tahap didih.

Pastikan butang on/off berada di kedudukan off selepas mendidih dan cerek telah dimatikan sebelum mengalihkannya daripada tapaknya.

Jangan biarkan air di dalam cerek selepas menggunakannya kerana ini akan membuatkan kerak karat cepat terbentuk.

PEMBERSIHAN DAN PENYENGGARAAN

MEMBERSIHKAN CEREK ANDACabut palamnya.Biarkannya sejuk dan bersihkannya dengan span lembap.

Jangan sesekali merendam cerek, tapaknya, kord atau palam elektrik di dalam air: penyambung elektrik atau suis mestilah tidak terkena air.

Jangan menggunakan pad penyental.MEMBERSIHKAN PENAPIS (MENGIKUT MODEL) (gambarajah 9)

Penapis boleh alih mengandungi jaring untuk menahan partikel kerak dan menghalangnya jatuh ke dalam cawan anda apabila dituang. Penapis ini tidak merawat mahupun menghilangkan keliatan air. Ia dengan itu mengekalkan semua kualiti air. Dengan air yang amat liat,

penapis boleh tersumbat dengan cepat (10 hingga 15 kali digunakan). Adalah penting untuk membersihkannya dengan kerap. Jika ia basah, letakkannya di bawah air yang mengalir, jika ia kering, berusnya dengan lembut. Kadang-kadang kerak karat tidak tertanggal dengan sendiri, keraknya perlu dibersihkan.

MEMBERSIH KERAK KARAT

Bersihkan kerak karat dengan kerap, sebaik-baiknya sebulan sekali atau lebih kerap jika air anda amat liat.

Untuk membersihkan kerak karat cerek anda:Gunakan cuka putih:–– Isikan cerek dengan 1/2l cuka,–– Biarkannya selama 1 jam tanpa dipanaskan.Menggunakan asid sitrik:–– Didihkan ½ l air,–– Tambah 25g asid sitrik dan biarkannya selama 15 min.

Menggunakan pembersih kerak karat khusus untuk cerek plastik: ikut arahan pengilang.

Kosongkan cerek anda dan bilas sebanyak 5 atau 6 kali. Ulang jika perlu.Untuk membersihkan kerak karat pada penapis anda (mengikut model):Rendam penapis dalam cuka putih atau asid sitrik yang telah dicairkan.

74