Tefal FS4530E0, FS1520K0, FS1540M0, FS1545P0, FS1540E0, FS1520P0 Untuk keselamatan anda, Keterangan

Models: FS1520P0 FS1545P0

1 18
Download 18 pages 51.85 Kb
Page 14
Image 14
1800123493 FS1520-1540_110x154 07/07/11 09:42 Page9

1800123493 FS1520-1540_110x154 07/07/11 09:42 Page9

Untuk keselamatan anda

Alat ini mematuhi peraturan dan standard teknikal untuk keselamatan yang berkuatkuasa pada ketika ini (Keserasian Elektromagnetik, Voltan Rendah, Persekitaran).

Sila baca arahan-arahan ini dengan teliti dan simpannya untuk rujukan di kemudian hari.

Alat ini tidak seharusnya digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang keupayaan fizikal, deria atau mental, atau kurang pengalaman atau pengetahuan, kecuali mereka telah diberikan pengawasan atau arahan mengenai penggunaan alat ini oleh orang yang bertanggungjawab ke atas keselamatan mereka. Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan mereka tidak bermain dengan alat ini.

Amaran! Voltan pemasangan elektrik anda mestilah sepadan dengan seterika (220V – 240V). Menyambungkan kepada voltan yang salah boleh menyebabkan kerosakan kepada seterika dan akan membatalkan jaminan.

Seterika ini hendaklah sentiasa dipasang kepada soket bumi. Jika menggunakan sambungan daripada soket utama, pastikan sumber elektrik adalah pada kadar yang betul (10A), dengan sambungan bumi.

Jika kord elektrik rosak, ia mesti diganti dengan segera oleh Pusat Perkhidmatan yang Diluluskan untuk mengelakkan bahaya.

Alat ini tidak harus digunakan jika ia telah jatuh, jika ia mempunyai kerosakan, jika ia bocor atau dalam keadaan yang luar biasa. Jangan sesekali menanggalkan alat anda: bawanya untuk diperiksa oleh Pusat Perkhidmatan yang Diluluskan, agar dapat mengelakkan sebarang bahaya.

Jangan sesekali merendamkan seterika anda dalam air!

Jangan mencabut palam alat anda dengan menarik kord. Sentiasa mencabut palam alat anda: sebelum membersihkannya, selepas setiap penggunaan.

Jangan sesekali meninggalkan alat anda tanpa pengawasan semasa ia bersambung dengan sumber elektrik atau jika ia belum sejuk untuk sekurang-kurangnya 1 jam.

Tapak logam seterika anda boleh mencapai suhu yang tinggi. Jangan sentuh bahagian logam alat ini semasa menggunakannya kerana ia boleh menjadi amat panas. Berhati-hati apabila anda menyeterika hampir dengan sisi atau di penjuru papan seterika anda. Jangan menyeterika baju di badan anda.

Seterika anda hendaklah digunakan dan diletakkan di atas permukaan yang rata, stabil dan kalis haba. Apabila anda meletakkan seterika anda di atas palang peletak seterika, pastikan permukaan palang tersebut stabil.

Produk ini telah direka untuk kegunaan domestik sahaja. Pengilang tidak bertanggungjawab dan jaminan adalah tidak terpakai bagi sebarang penggunaan komersial, penggunaan yang tidak wajar atau kegagalan untuk mematuhi arahan.

Keterangan

1.Penunjuk seting suhu

2.Lampu penunjuk termostat

3.Pelindung kord

4.Pangkal mengemas kord

5.Tapak logam

9

Page 14
Image 14
Tefal FS4530E0, FS1520K0, FS1540M0 Untuk keselamatan anda, Keterangan, 1800123493 FS1520-1540110x154 07/07/11 0942 Page9