5085592-RICE COOKER:NOTICE YC4 10/11/08 9:48 Page 20

Keterangan

1.Bakul kukusan

2.Pembahagi air dan nasi

3.Mangkuk masakan tidak lekat

4.Cawan penyukat

5.Pemegang senduk

6.Senduk

7.Wayar kuasa

8.Butang penutup

9.Pemegang penutup

10.Injap tekanan mikro

11.Penutup

12.Pengumpul wap

13.Kotak kawalan

a.Paparan masa penamat dan keadaan kekal panas

b. Lampu penunjuk Kekal Panas (merah) c. Lampu penunjuk memasak Sup (merah)

d. Lampu penunjuk memasak Ringkas (merah) e. Kekunci “PRESET”

f. Lampu penunjuk memasak Nasi/Kukus (merah) g. Lampu penunjuk memasak Bubur (merah) h. Kekunci “NASI/KUKUS”

i. Kekunci “BUBUR”

j. Kekunci “KEKAL PANAS/BATAL” k. Kekunci “SUP/PENENTU MASA” l. Kekunci “RINGKAS”

14.Plat panas

15.Sensor

Sebelum penggunaan kali pertama

Keluarkan peralatan

Alihkan peralatan daripada bungkusan dan keluarkan kesemua aksesori dan dokumen.

Buka penutup dengan menekan butang pembuka yang terletak di atas pemegang Fig. 1.

Pasang pemegang senduk: masukkan cangkuk plastik pemegang ke dalam lubang di bawah gegelang produk dan tolak ke bawah Fig. 2. Pastikan injap tekanan mikro berada pada kedudukan yang betul - Fig. 3.

Baca arahan dan ikut kaedah memasang dengan berhati-hati.

Cuci peralatan

Keluarkan mangkuk tidak lekat.

Cuci mangkuk dan injap tekanan mikro dengan span dan cecair pencuci. Lap bahagian luar peralatan dan bahagian logam penutup dengan kain lembap.

Keringkan dengan berhati-hati.

Menggunakan periuk nasi anda

Untuk kesemua 5 fungsi

Lap bahagian luar mangkuk (terutama bahagian bawah) dengan berhati-hati. Pastikan tidak ada bendasing atau cecair di bawah mangkuk dan di atas plat panas Fig. 4.

Letakkan mangkuk ke dalam peralatan – Fig. 5, pastikan ia diletakkan pada kedudukan yang betul.

Pusingkan sedikit mangkuk ke kedua-dua belah arah untuk memastikan bahagian bawah mangkuk bersentuhan dengan plat panas.

Periksa sama ada pengumpul wap diletakkan dengan betul, jika tidak sila tekan dengan kemas ke dalam alurnya – Fig. 6.

Tutup dan kunci penutup.

Pasangkan plag peralatan.

Jangan buka suis peralatan sehinggalah kesemua langkah di atas telah dilengkapkan.

Jangan sesekali meletakkan tangan di atas corong wap ketika memasak untuk mengelakkan bahaya melecur.

Sekiranya anda hendak menukar menu yang tersalah pilih, tekan kekunci “BATAL” dan pilih menu yang dikehendaki.

20

Page 23
Image 23
Tefal RK401170, RK401171 manual Keterangan, Keluarkan peralatan, Cuci peralatan, Untuk kesemua 5 fungsi