11.Perlukan bantuan lanjut?

11.Perlukan bantuan lanjut?

1.Web: www.Jabra.com (untuk maklumat sokongan dan Manual Pengguna dalam talian terkini)

2.Telefon bebas tol Isnin hingga Jumaat

Nombor Bebas Tol:

 

Australia:

1-800-083-140

(10:00 – 19:00)

China:

800-858-0789

(08:00 – 19:00)

Hong Kong:

800-968-265

(08:00 – 17:00)

Indonesia:

001-803-852-7664

(08:00 – 17:00)

Jepun:

0034-800-400-594

(09:00 – 18:00)

Malaysia:

1800-812-160

(08:00 – 17:00)

New Zealand:

0800-447-982

(12:00 – 21:00)

Singapura:

800-860-0019

(08:00 – 17:00)

Taiwan:

0080-186-3013

(08:00 – 19:00)

India:

000-800-852-1185

(05:30 – 14:30)

Filipina:

1800 765 8068

(08:00 – 17:00)

12.Menjaga penyesuai muzik anda

Sentiasa simpan Jabra A125s dengan dimatikan kuasa dan terlindung dengan selamat

Elakkan penyimpanan dalam suhu melampau (melebihi 45°C/113°F

– termasuk sinaran langsung cahaya matahari – atau di bawah -10°C/14°F). Ini boleh memendekkan hayat bateri dan boleh menjejaskan operasi. Suhu tinggi juga boleh menurunkan prestasi

Jangan dedahkan Jabra A125s kepada hujan atau cecair-cecair lain

13.Waranti

Jabra (GN Netcom) menjamin produk ini daripada sebarang kecacatan bahan dan hasil kerja bagi tempoh setahun dari tarikh pembelian asal. Syarat-syarat waranti ini dan tanggungjawab kami di bawah waranti ini adalah seperti berikut:

Waranti ini terhad kepada pembeli asal

Salinan resit anda atau bukti pembelian yang lain diperlukan.

Waranti ini tidak sah jika nombor siri, label kod tarikh atau label produk dibuka, atau jika produk terdedah kepada tindakan fizikal, pemasangan yang tidak betul, pengubahsuaian atau pembaikan oleh pihak ketiga yang tidak bertauliah

Tanggungjawab produk Jabra (GN Netcom) adalah terhad kepada pembaikan atau penggantian produk atas budi bicara mutlaknya

Sebarang waranti tersirat terhadap produk Jabra (GN Netcom) adalah terhad kepada satu tahun dari tarikh pembelian bagi semua bahagian, termasuklah sebarang kord dan penyambung

Secara khusus dikecualikan daripada sebarang waranti adalah komponen hayat terhad dan guna habis yang boleh haus dan lusuh, seperti pelindung mikrofon, kusyen telinga, kemasan dekoratif, bateri dan aksesori lain

Jabra (GN Netcom) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan sampingan atau langsung yang timbul akibat penggunaan atau penyalahgunaan sebarang produk Jabra (GN Netcom)

Waranti ini memberi anda hak khusus dan anda mungkin mempunyai hak- hak lain yang berbeza-beza dari satu kawasan ke kawasan lain

Kecuali diarahkan sebaliknya dalam Manual Pengguna, pengguna tidak dibenarkan, dalam sebarang keadaan, untuk cuba melaksanakan servis, penyesuaian atau pembaikan terhadap unit ini, sama ada semasa atau selepas tempoh waranti. Ia mestilah dikembalikan ke tempat pembelian, kilang atau agensi servis yang bertauliah bagi menjalankan semua kerja- kerja seumpamanya

Jabra (GN Netcom) tidak akan memikul sebarang tanggungjawab untuk sebarang kehilangan atau kerosakan yang berlaku semasa penghantaran. Sebarang kerja pembaikan terhadap produk Jabra (GN Netcom) oleh pihak ketiga yang tidak bertauliah akan membatalkan waranti

AMARAN: Sambungan yang tidak betul, pengubahsuaian, pembaikan tanpa izin, menjatuhkan, memukul dan penyalahgunaan lain terhadap produk boleh merosakkan produk dan juga iPod anda. Jabra tidak bertanggungjawab terhadap kerosakan sedemikian.

14. Kelulusan pengiktirafan dan keselamatan

CE

Cina

Mematuhi peruntukan Peraturan Radio Cina.

Republik Korea

Diperakui di bawah peruntukan Peraturan bagi Pensijilan Peralatan Maklumat dan Komunikasi oleh Ketua Pengarah Makmal Penyelidikan Radio (Kementerian Maklumat dan Komunikasi)

Taiwan

Diluluskan oleh Ketua Direktorat Komunikasi (Kementerian Pengangkutan dan Komunikasi).

Singapura

Diluluskan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Infocomm Singapura (IDA) untuk jualan dan penggunaan di Singapura.

FCC

Peranti ini memenuhi syarat bahagian 15 dalam Peraturan FCC. Operasi tertakluk kepada dua syarat berikut: (1) Peranti ini tidak boleh menyebabkan gangguan yang berbahaya dan (2) peranti ini mesti menerima sebarang gangguan yang diterima, termasuklah gangguan yang boleh menyebabkan operasi yang tidak diingini.

142

RELEASE YOUR JABRA

Jabra A125s Bluetooth music adapter

143

 

 

Page 74
Image 74
Jabra A125s Perlukan bantuan lanjut?, Menjaga penyesuai muzik anda, Waranti, Kelulusan pengiktirafan dan keselamatan