1. Terima kasih
RELEASE YOUR JABRA

1. Terima kasih

Terima kasih kerana membeli Penyesuai Muzik Bluetooth® Jabra A125s yang direka bentuk khas untuk kebanyakan iPod. Kami berharap anda akan menikmatinya! Anda akan menemui cara baru untuk menikmati muzik anda – secara wayarles!

Manual arahan ini akan membantu anda untuk bermula dan bersedia untuk menggunakan penyesuai anda dengan sepenuhnya.

Apabila Jabra A125s disambung kepada iPod, kendalikan iPod dan Jabra A125s anda dengan cermat.

2. Perihal Jabra A125s anda

1.

Lampu penunjuk (LED) dan butang berbilang fungsi

3

2.

Soket pengecasan

 

3.

Penyambung dok untuk iPod

 

1

2

Fig 1

3. Apa yang boleh dilakukan oleh Jabra A125s anda

Jabra A125s anda direka bentuk untuk berfungsi dengan sebarang set kepala stereo Bluetooth Jabra seperti Jabra BT620s. Penyesuai boleh disambungkan kepada kebanyakan iPod, iPod mini dan nano melalui penyambung dok iPod.

iPod mini

iPod iPod dengan

iPod nano iPod dengan

 

paparan

video

 

berwarna

 

Spesifikasi:

• Sehingga 10 jam muzik – masa bersedia sehingga 250 jam

• Bateri boleh dicas semula dengan opsyen mengecas dari PC melalui kabel USB, bekalan kuasa AC (tidak disertakan dalam pek), atau pengecas kereta

(tidak disertakan)

• Berat 22 gram (3/4 auns)

• Jarak pengoperasian sehingga 10 meter (33 kaki)

138 • Audio Canggih (A2DP), Kawalan Jauh (AVRCP) (lihat glosari halaman 144)

• Spesifikasi Bluetooth 1.2 (lihat glosari halaman 144)

Apakah yang terdapat di dalam pek?

• Penyesuai muzik Bluetooth Jabra A125s

Pengecas USB untuk mengecas dari sebarang PC atau komputer riba

Manual pengguna

4. Untuk bermula

Jabra A125s mudah untuk dikendalikan. Butang berbilang fungsi boleh menjalankan berbagai-bagai fungsi bergantung pada lama masanya anda menekan butang tersebut:

Arahan:

Tempoh tekanan:

Ketik

Tekan sekejap dan lepaskan

Tekan

Anggaran: 1 saat

Tekan dan tahan

Anggaran: 5 saat

 

 

5. Mengecas Jabra A125s anda

Pastikan bahawa Jabra A125s anda dicas sepenuhnya selama 6 jam sebelum anda mula menggunakannya. Hanya gunakan pengecas yang disediakan di dalam kotak atau pengecas Jabra yang diluluskan seperti pengecas AC Jabra BT620s. Jangan gunakan pengecas daripada peranti lain kerana ini boleh merosakkan Jabra A125s anda.

Sambung pengecas USB kepada soket pengecasan Jabra A125s anda (lihat rajah 1)

Apabila LED berwarna merah terang, penyesuai muzik anda sedang mengecas. Bila lampu beralih ke warna hijau, penyesuai telah tercas sepenuhnya.

6.Menghidupkan Jabra A125s anda

Untuk menghidupkan Jabra A125s, tekan butang berbilang fungsi

sehingga anda melihat pancaran kerlipan

Tekan dan tahan butang berbilang fungsi untuk mematikan peranti

Nota: Akan kelihatan pancaran kerlipan dan kemudian kelipan yang tetap ketika produk mencari set kepala yang telah berpasangan dengannya sebelum ini.

7. Berpasangan dengan set kepala stereo Bluetooth

Sebelum anda menggunakan Jabra A125s anda, ia perlu berpasangan dengan set kepala Bluetooth

• Pastikan bahawa set kepala dan Jabra A125s telah dimatikan

Jabra A125s Bluetooth music adapter

139

 

Page 72
Image 72
Jabra Terima kasih, Perihal Jabra A125s anda, Apa yang boleh dilakukan oleh Jabra A125s anda, Untuk bermula, Arahan