10
Bahasa InggerIs
Jabra CrUISEr
CIRI TaMBaHanMENGGUNAKAN JABRA CRUISER ANDA DENGAN DUA PERANTI
MUDAH ALIH
Jabra CrUISEr berupaya untuk menyambungkan dua telefon
mudah alih (atau peranti bluetooth yang lain) ke telefon pembesar
suara pada masa yang sama. Ini akan memberikan anda kebebasan
mempunyai hanya satu telefon pembesar suara untuk
mengendalikan kedua-dua telefon mudah alih anda. Sila ambil
perhatian bahawa Dail Semula Nombor Terakhir akan mendail
nombor daripada panggilan keluar terakhir dengan tidak
bergantung kepada telefon mudah alih.
Jika pembesar suara disambungkan ke dua telefon, sila ambil
perhatian bahawa trek Main / Jeda / berhenti dan berikut /
Terdahulu akan dihantar ke telefon yang terakhir disambungkan
(Prol aVrC yang terakhir disambungkan).
MAIN MUZIK
Pastikan telefon pembesar suara dan telefon mudah alih
bersambung. apabila anda mainkan muzik dari telefon mudah
alih anda, ia akan dipindahkan secara automatik ke telefon
pembesar suara anda. Jika telefon anda tidak membenarkan ciri
ini, tekan butang Jawab/Tamat untuk memindahkan muzik ke
telefon pembesar suara. Muzik akan dijedakan secara automatik
apabila anda menerima panggilan masuk. apabila panggilan
ditamatkan ia akan mula bermain semula. Kawal jauh muzik anda
melalui butang muzik.
TUKAR BAHASA PENGUMUMAN SUARA
Pengumuman suara memberikan anda penggunaan Jabra CrUISEr
yang lebih mudah dan selamat. Terdapat 5 bahasa yang disokong
mengikut susunan yang berikut:
1 bahasa Inggeris
2 bahasa Sepanyol
3 bahasa Jerman
4 bahasa Perancis
5 bahasa rusia