15
Bahasa InggerIs
Jabra CrUISEr
Saya tidak boleh menyambungkan telefon pembesar suara
dan radio melalui pemancar FM
- Pastikan radio dihidupkan dan telefon pembesar suara berada
dalam mod FM (Ikon Status FM dihidupkan).
- Jika radio anda tidak menemui frekuensi FM yang ditetapkan
oleh telefon pembesar suara anda semasa pencarian, frekuensi
FM hendaklah ditalakan secara manual pada radio. Sila baca
manual radio untuk mengetahui cara untuk menukar frekuensi
secara manual pada radio anda.
- Jika radio anda berada dalam mod Ta (Traffic announcement -
Pengumuman Lalu-lintas/Sesakan), matikan Ta dan radio anda
dapat mencari telefon pembesar suara anda menggunakan
fungsi carian dalam radio. Jika tidak, tala secara manual.
- Kepekaan fungsi carian pada radio anda menentukan sama
ada ia dapat mencari frekuensi yang ditetapkan oleh telefon
pembesar suara anda. Pada sesetengah radio, anda dapat
melaraskan sensitiviti sekaligus membolehkan anda mencari
frekuensi telefon pembesar suara semasa mencari. Jika tidak,
tala secara manual.
- Di kawasan bandar, anda mungkin sukar mencari frekuensi
jelas. Oleh itu anda dinasihatkan untuk menggunakan frekuensi
pada jalur frekuensi FM awal dan akhir (cth. 88.1 atau 107.7 MHz)
dan anda mempunyai peluang terbaik untuk mendapatkan
frekuensi yang jelas.
MaHuKan LEBIH BanTuan?
1. Web: http://www.jabra.com
(untuk maklumat sokongan terkini dan Manual
Pengguna dalam talian)
2. E-mel:
australia support.au@jabra.com
China support.cn@jabra.com
Jepun support.jp@jabra.com
Singapura support.sg@jabra.com
Maklumat: info@jabra.com