11
Bahasa InggerIs
Jabra CrUISEr
Bahasa Tambahan
bahasa Itali, bahasa Portugis, bahasa Cina boleh dimuat turun melalui
versi perisian berasingan yang ditemui pada www.jabra.com.
bahasa lalai adalah bahasa Inggeris. Untuk menukar bahasa, ikut
langkah-langkah ini:
- Masukkan mod perpasangan dengan menekan dan menahan
butang Jawab/Tamat apabila Jabra CrUISEr dihidupkan
sehingga suara mengumumkan: “Mod berpasangan“.
- Tekan butang FM sehingga bahasa semasa diumumkan.
- Ketik butang Kelantangan Naik atau Kelantangan Turun untuk
memilih bahasa baru.
- Pilih bahasa yang dikehendaki dan tekan butang FM sehingga
bahasa baru diumumkan.
Perhatian: anda boleh mematikan fungsi pengumuman suara.
apabila mengetik butang Kelantangan Naik atau Kelantangan
Turun untuk memilih bahasa yang dikehendaki, nada bip
menunjukkan fungsi pengumuman dimatikan. apabila nada
bip didengari, tekan butang FM dan fungsi pengumuman akan
dimatikan.
MENGGUNAKAN PEMANCAR FM
Pemancar FM pada telefon pembesar suara membenarkan anda
menghantarkan panggilan dan muzik dari telefon mudah alih ke
stereo kereta apabila telefon pembesar suara dan radio kereta
ditetapkan pada frekuensi yang sama.
- Sambung telefon mudah alih dan telefon pembesar suara anda.
- Tekan butang FM untuk memasukkan mod FM. Ikon Status
FM akan bertukar menjadi merah dan frekuensi FM akan
diumumkan.
- Tukar radio anda ke frekuensi FM yang sama secara manual
dan anda kini bersedia untuk menghantar panggilan atau
muzik dari telefon anda ke stereo kereta anda.
- Pemancar FM akan dimatikan secara automatik selepas
10 minit jika fungsi tersebut tidak digunakan.
Perhatian: Klip visor berfungsi sebagai antena FM. Penghantar
FM tidak akan berfungsi jika klip visor dikeluarkan.