Bahasa Melayu 37

Pengenalan

Tahniah atas pembelian anda dan selamat datang ke Philips! Untuk mendapat manfaat sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/welcome.

Penting

Baca buku panduan pengguna ini dengan teliti sebelum anda menggunakan perkakas dan simpannya untuk rujukan masa depan.

-Perkakas ini bukan dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang upaya dari segi fizikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka diawasi atau diberi arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.

-Kanak-kanak kecil harus diawasi untuk memastikan mereka tidak bermain dengan perkakas itu.

-Hanya gunakan plag kuasa yang dibekalkan.

-Plag kuasa mengubah 100-240 volt kepada voltan rendah dan selamat tidak melebihi 24 volt.

-Plag kuasa mengandungi sebuah pengubah. Jangan potong plag kuasa untuk menggantikannya dengan plag yang lain kerana ini akan menimbulkan situasi berbahaya.

-Jangan gunakan plag kuasa yang rosak.

-Jika plag kuasa rosak, sentiasa gantikan dengan jenis tulen bagi mengelakkan bahaya.

-Pastikan plag kuasa tidak kena basah.

-Cas dan simpan perkakas pada suhu antara 5°C hingga 35°C.

-Sentiasa cabut plag daripada pencukur sebelum membersihkannya di bawah pili air.

Page 35
Image 35
Philips HQ7310, HQ7320 Pengenalan Penting, Hanya gunakan plag kuasa yang dibekalkan, Jangan gunakan plag kuasa yang rosak