42Bahasa Melayu
Setiap enam bulan: kepala pencukur
1 Buka unit pencukur, pusingkan kunci ke arah lawan jam (1) dan tanggalkan rangka penahan
(2).
2Bersihkan pemotong dan adangan dengan berus yang dibekalkan
Jangan bersihkan lebih dari satu pemotong dan adangan pada sesuatu masa, kerana setiap set adalah berpadanan. Jika anda tercampur adukkan set pemotong dan adangan dengan tidak sengaja, ia mungkin mengambil masa sehingga beberapa minggu sebelum mutu pencukuran terbaik dapat dicapai semula.
3 Pasang kembali kepala pencukur ke dalam unit pencukur. Pasang kembali rangka penahan ke dalam unit pencukur dan pusingkan kunci ke arah jam.
4Tutup alat pencukur.
Perapi
Bersihkan perapi setiap kali anda menggunakannya.
1 Matikan alat pencukur, cabut plag kuasa dari soket dinding dan cabut plag perkakas dari pencukur.
2Bersihkan perapi dengan berus yang dibekalkan.