VU9050_1800134191-01_ARTIK-CRYSTAL_1800134191/01 12/09/14 14:02 Page9

Sila baca dengan teliti panduan penggunaan dan langkah-langkah keselamatan sebelum menggunakan alat ini dan simpan panduan penggunaan ini.

AMARAN

MS

Untuk keselamatan anda, alat ini mematuhi piawaian dan peraturan berkaitan (Voltan Rendah, Kesesuaian Elektromagnet, Persekitaran...).

Sebelum setiap penggunaan, pastikan alat, plag dan wayar berkeadaan baik.

Alat ini tidak sesuai digunakan oleh mereka (termasuk kanak-kanak) yang mempunyai kekurangan secara fizikal, deria atau mental, atau mereka yang kurang pengalaman atau pengetahuan, melainkan mereka telah mendapat pengawasan atau arahan berkenaan penggunaan alat ini oleh orang yang bertanggungjawab terhadap keselamatan mereka. Awasi kanak-kanak bagi memastikan mereka tidak bermain dengan alat ini.

Alat ini boleh digunakan oleh kanak-kanak berumur tidak kurang 8 tahun dan mereka yang mempunyai kekurangan secara fizikal, deria atau mental, atau mereka yang kurang pengalaman atau pengetahuan, jika mereka diawasi secara betul atau jika arahan berkenaan penggunaan alat ini telah diberikan kepada mereka dan jika risiko-risiko berkaitan telah difahami. Kanak-kanak tidak boleh bermain dengan alat ini. Pembersihan dan penyelenggaraan oleh pengguna tidak boleh dilakukan oleh kanak-kanak tanpa pengawasan.

Awasi kanak-kanak bagi memastikan mereka tidak memasukkan jari melepasi jerjak perlindungan.

Jangan gunakan alat anda di dalam bilik berdebu atau di dalam bilik yang mempunyai risiko kebakaran.

Jangan tarik kabel kuasa atau alat, walaupun untuk mencabut plag kuasa dari soket dinding. Buka gulungan wayar sepenuhnya sebelum setiap penggunaan.

Jika kabel kuasa rosak, ia perlu diganti oleh pengilang, perkhidmatan selepas jualan mereka atau seorang yang mempunyai kelayakan serupa untuk mengelak bahaya.

Jangan gunakan alat anda berdekatan dengan objek dan produk yang mudah terbakar dan secara umumnya, patuhi jarak minimum sebanyak 50 cm antara alat anda dan semua objek (dinding, langsir, aerosol, dll...).

Alat ini hanya sesuai untuk kegunaan di rumah sahaja. Oleh itu ia tidak boleh digunakan untuk aplikasi industri.

Jangan sentuh alat dengan tangan yang basah. Jangan sesekali biarkan air masuk ke dalam alat.

Jangan masukkan apa-apa objek ke dalam alat (cth: jarum...)

JAMINAN

Jaminan akan terbatal sekiranya kerosakan disebabkan oleh penggunaan yang tidak betul.

SANGAT PENTING

JANGAN SESEKALI BIARKAN AIR MASUK KE DALAM ALAT.

JANGAN SENTUH ALAT DENGAN TANGAN YANG BASAH.

Sebelum setiap pengendalian, pastikan bahawa:

Alat diletakkan di tempat yang stabil,

Alat berada dalam kedudukan operasi yang biasa (atas kakinya),

Alat anda tidak mempunyai sistem perlepasan.

JANGAN PAKSA AYUNAN MENGGUNAKAN TANGAN.

9