VU9050_1800134191-01_ARTIK-CRYSTAL_1800134191/01 12/09/14 14:02 Page10

VOLTAN

Sebelum penggunaan pertama, pastikan bahawa voltan, frekuensi dan kuasa alat anda sepadan dengan pemasangan elektrik anda.

MS Alat anda boleh berfungsi dengan soket tanpa bumi. Ianya adalah alat kelas II (penebat elektrik berganda ).

Pemasangan alat dan penggunaannya mestilah mematuhi piawaian di negara anda.

PENGENDALIAN

Sebelum setiap pengendalian, pastikan bahawa:

Alat diletakkan di atas permukaan yang rata dan stabil,

Kedudukan alat yang diterangkan dalam notis ini dipatuhi.

Butang-butang B, C dan D yang dinyatakan di bawah hanya boleh beroperasi selepas alat dihidupkan dan boleh digunakan secara serentak.

• Butang C, kawalan ayunan:

Tekan butang C sekali, kipas berayun secara melintang.

Untuk memberhentikan ayunan, tekan butang C sekali lagi.

• Butang D, program pemberhentian automatik alat: Anda mempunyai 3 pilihan: 1, 2 atau 4 jam pengendalian.

Tekan butang D sekali, pemasa 1 jam berfungsi, lampu 1j menyala.

Tekan butang D sekali lagi, pemasa 2 jam berfungsi, lampu 2j menyala.

Tekan butang D kali ketiga, pemasa 4 jam berfungsi, lampu 4j menyala.

Untuk memberhentikan fungsi “PEMASA”, tekan butang D sekali lagi.

1 jam

 

2 jam

 

4 jam

 

 

BERHENTI

10