•Jangan sesekali meletakkan kord kuasa di tempat yang boleh dicapai oleh
•Jangan meletakkan aksesori yang mengandungi logam ke dalam ketuhar gelombang mikro.
•Langkah
•Jangan sesekali menyentuh bahagian yang sedang bergerak sewaktu peralatan sedang beroperasi, tunggu sehingga peralatan dan aksesori berhenti sepenuhnya sebelum menyentuh bahagian atau menanggalkan
•Jangan memasukkan perkakas dapur (sudu, sudip, dsb.) ke dalam mangkuk (D) sewaktu ia sedang beroperasi.
•Jangan membiarkan rambut yang panjang, skarf, dsb. terjuntai di atas peralatan atau aksesori sewaktu ia sedang beroperasi.
•Jangan menggunakan mangkuk pengisar tanpa ramuan, hanya dengan produk kering atau keras sahaja (seperti kiub gula) atau jika penutup (D6) dengan pengedapnya (D5) tidak dipasang pada mangkuk.
•Amaran: Jangan memasukkan atau mencampurkan cecair atau ramuan yang mempunyai suhu melebihi daripada 60° C (140°F). Jika anda perlu mencampurkan ramuan yang panas, jarakkan tangan anda daripada penutup (D6) dan penyuap (D7) untuk mengelakkan sebarang risiko melecur.
•Sentiasa memasukkan ramuan cecair ke dalam mangkuk pengisar terlebih dahulu sebelum menambahkan ramuan pepejal, tanpa melebihi paras yang ditunjukkan.
•Jangan menggunakan mangkuk sebagai bekas (untuk menyejuk beku, memasak atau mensteril).
•Jangan menggunakan peralatan anda melebihi 1 minit tanpa henti.
•Untuk keselamatan anda, peralatan ini mematuhi Standards dan Peraturan yang terpakai:
-Arahan Voltan Rendah
-Keserasian Elektromagnetik
-Alam sekitar
-Bahan yang bersentuh dengan barang makanan
•Letakkan peralatan di atas permukaan kerja yang stabil dan tahan haba.
•Jangan sesekali menggunakan peralatan untuk mengadun atau membancuh ramuan bukan makanan.
SISTEM PENGUNCI KESELAMATAN
Peralatan tidak boleh digunakan jika pemasang mangkuk pengisar (D) atau aksesori (E) atau (F) tidak dipasang dan diletakkan dengan betul pada unit motor (A).
Mangkuk (E4) (F4) ditandakan dengan garis berwarna pada tapaknya dan patut dipasang dengan unit mata pisau yang butang pelepasnya (E2) (F2) daripada warna yang sama.
Mangkuk pengisar (D4) tidak ditandakan dengan warna, ia patut dipasang dengan unit mata pisau yang mempunyai butang pelepas kuning (D2).
SEBELUM MENGGUNAKAN BUAT PERTAMA KALI
Sebelum menggunakan buat pertama kali, cuci semua aksesori (D,E,F,G) dengan air bersabun yang
suam tetapi jangan cuci unit motor (A).
24