Jabra BT330 user manual Menjaga set kepala anda, Waranti, Kelulusan pengiktirafan dan keselamatan

Page 32

Bahasa Malaysia

13 Menjaga set kepala anda

Sentisa simpan Jabra BT330 dengan kuasanya dimatikan dan dilindungi dengan selamat.

Elakkan disimpan pada suhu yang melampau (melebihi 45°C/113°F – termasuk sinaran mata hari langsung – atau di bawah -10°C/14°F). Ini boleh memendekkan hayat bateri dan mungkin menjejas pengoperasiannya. Suhu tinggi mungkin boleh juga menurunkan prestasinya.

Jangan dedahkan Jabra BT330 kepada hujan atau cecair-cecair lain.

14Waranti

Jabra (GN Netcom) menjamin produk ini terhadap semua kecacatan material dan pembuatan bagi tempoh satu tahun daripada tarikh pembelian asal. Syarat-syarat waranti ini dan tanggungjawab kami di bawah waranti ini adalah seperti berikut:

Waranti adalah terhad kepada pembeli asal.

Dikehendaki salinan resit atau bukti pembelian lain anda.

Waranti ini adalah tidak sah sekiranya nombor siri, label kod tarikh atau label produk dibuka, atau sekiranya produk terdedah kepada tindakan fizikal, pemasangan yang tidak betul, pengubahsuaian, atau pembaikan oleh pihak ketiga yang tidak bertauliah.

Tanggungjawab produk-produk Jabra (GN Netcom) adalah terhad kepada pembaikan atau penggantian produk berkenaan mengikut pertimbangannya sendiri.

Sebarang waranti tersirat pada produk-produk Jabra (GN Netcom) adalah terhad kepada satu tahun daripada tarikh pembelian semua bahagian, termasuk sebarang kord atau penyambung.

Terkecuali secara spesifik daripada sebarang waranti adalah komponen-komponen boleh guna hayat terhad bergantung kepada kehausan dan kelusuhan biasa, seperti mikrofon cermin depan, kusyen telinga, kemasan hiasan, bateri, dan aksesori-aksesori lain.

Jabra (GN Netcom) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan sampingan atau secara langsung yang timbul akibat penggunaan atau penyalahgunaan sebarang produk Jabra (GN Netcom).

Waranti ini memberikan anda hak-hak spesifik dan mungkin mendapat hak-hak lain yang berbeza-beza mengikut kawasan-kawasan.

Kecuali diarahkan sebaliknya dalam Manual Pengguna, pengguna tidak boleh, dalam sebarang keadaan, cuba untuk melakukan servis, pelarasan atau pembaikan ke atas unit ini, sama ada semasa atau selepas tempoh waranti. Ia mesti dikembalikan ke tempat pembelian, kilang atau agensi servis bertauliah bagi kerja-kerja berkenaan.

Jabra (GN Netcom) tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan atau kerosakan yang berlaku semasa penghantaran. Sebarang kerja pembaikan pada produkproduk Jabra (GN Netcom) oleh pihak ketiga yang tidak bertauliah akan membatalkan sebarang waranti.

15Kelulusan pengiktirafan dan keselamatan

China: Mematuhi peruntukan-peruntukan Peraturan Radio China.

Republik Korea: Disahkan di bawah peruntukan-peruntukan Peraturan bagi Pensijilan Peralatan Maklumat dan Komunikasi oleh Ketua Pengarah Makmal Penyelidikan Radio (Kementerian Maklumat dan Komunikasi)

Taiwan: Diluluskan oleh Ketua Pengarah Telekomunikasi (Kementerian Pengangkutan dan Komunikasi).

Singapura: Diluluskan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Infocomm Singapura (IDA) untuk dijual dan digunakan dalam Singapura.

FCC

Peranti ini mematuhi bahagian 15 Undang-Undang FCC.Operasinya adalah tertakluk kepada dua syarat berikut: (1) Peranti ini tidak boleh menyebabkan gangguan yang membahayakan, dan (2) peranti ini mesti menerima sebarang gangguan yang diterima, termasuk gangguan yang mungkin menyebabkan operasi yang tidak diingini.

CE

Produk ini ditandakan CE mengikut peruntukan-peruntukan dalam Arahan R & TTE (99/5/EC).

Bluetooth

Tanda perkataan Bluetooth® dimiliki oleh Bluetooth SIG, Inc. dan sebarang penggunaan tandatanda berkenaan oleh GN Netcom adalah dengan mendapat lesen.Tanda niaga- tanda niaga dan nama dagang lain adalah milik pemilik masing-masing.

Bahasa Malaysia

58

59

Image 32
Contents Page English 繁體中文 简体中文 日本語 중국어 Bahasa Malaysia ภาษาไทย English Thank you Remember, driving comes first, not the callCheck phone compatibility Charge Jabra BT330 Read the GlossaryPair to your Bluetooth headset Enhanced featuresTurning headset on and off Choosing wearing preferenceTaking care of your headset Troubleshooting & FAQNeed more help? Warranty Certification and safety approvals繁體中文 Glossary感謝您 緊記,安全駕駛最重要,而不是通電話!關於 Jabra BT330 檢查手機的相容性與您的藍芽耳機「配對」 開啟和關閉耳機66 選擇佩戴偏好 撥打電話Jabra BT330 可以和其他 Bluetooth (藍芽)設備配合使用嗎? 11 故障排除與常見問題解答12 需要更多幫助嗎? 13 耳機保存Bluetooth 藍芽 14 保養15 證明和安全認證 16 術語表简体中文 关于 Jabra BT330 与您的蓝牙耳机配对 开启和关闭耳机选择佩戴方式 拨打电话12 需要更多帮助吗? Jabra BT330 可以和其他 Bluetooth (蓝牙)设备配合使用吗?11 故障排除与常见问题解答 Bluetooth 蓝牙 13 耳机保存14 保修 15 证明和安全性认证16 术语表 密码 Passkey 或个人识别码 PIN :是您在手机上输入的代码,お買い上げいただきありがとうございます 運転が最優先、電話ではありません!Jabra BT330 について 携帯電話の互換性のチェック Jabra BT330の充電Bluetooth ヘッドセットとの「ペアリング」 用語集を読むヘッドセットをオン/オフにする 装着の設定を選択12 さらに詳しい説明が必要な場合 10 強化機能11 トラブルシューティングとよくある質問 15 認定規格および安全認可 Jabra BT330 の保管14 保証 Bluetooth は、携帯電話とヘッドセットのような機器間を 10 メートル(約 30 フ 16 用語集감사합니다 통화보다 운전이 우선이란 걸 잊지 마세요Jabra BT330 에 관하 전화의 호환성을 검사하기 Jabra BT330 을 충전하기44 블루투스 헤드셋과 짝맺기 하기 헤드셋을 켜기와 끄기원하는 착용방식을 선택하기 전화걸기12 더 도움이 필요하신지요? 11 문문제 해결 및 FAQ 자주 물어오는 질문10 강화된 기능 15 인증 및 안전 승인 13 헤드셋 보관14 품질 보증 Bahasa Malaysia 16 용어설명Terima kasih Ingatlah, dahulukan memandu, bukan panggilanMemeriksa keserasian telefon Mengecas Jabra BT330 Lihat rajBerpasangan pada set kelapa Bluetooth anda Baca GlosariMenghidupkan dan mematikan set kepala Memilih keutamaan memakaiPerlukan bantuan lanjut? Ciri dipertingkatkanPencarisilapan & Soalan Lazim Kelulusan pengiktirafan dan keselamatan Menjaga set kepala andaWaranti ภาษาไทย Glosariก่อนการใช้งานชุดหูฟังของคุ การปฏิบัติพื้นฐาน 10 ฟังก์ชันเ 13 การเก็บรักษาชุด 16 คำอธิบายศัพ