Iqua manual Memasang BHS-701dengan telefon bimbit anda, Penggunaan kali pertama

Models: BHS-701

1 112
Download 112 pages 1.51 Kb
Page 81
Image 81
Memasang BHS-701 dengan telefon bimbit anda

MS

Memasang BHS-701 dengan telefon bimbit anda

Pemasangan ialah proses pemautan BHS-701 dengan telefon bimbit anda yang terupaya Bluetooth*. Setelah selesai proses ini, anda boleh menggunakan BHS-701 dengan telefon bimbit yang dipasang. Jika anda hendak menggunakan BHS-701 dengan sebuah telefon bimbit lain, anda mesti mengulangi proses pemasangan sekali lagi. Walaupun BHS-701 boleh dipasangkan dengan sebanyak 8 buah telefon yang serasi, ia hanya boleh bersambung dengan sebuah telefon pada satu masa. Apabila ia telah dipasangkan dengan 8 buah telefon, peranti ke-9 yang dipasangkan akan menggantikan peranti pertama yang telah dipasangkan.

Penggunaan kali pertama

Apabila kuasa BHS-701 dihidupkan buat pertama kali, ia akan memasuki mod pemasangan secara automatik (lampu biru dan merah akan memancar secara berselang-seli). Sila ikut langkah 3-6 di bawah untuk memasang headset anda dengan telefon anda.

Penggunaan kali seterusnya

Setelah dihidupkan kuasa, BHS-701 akan bersambung semula secara automatik kepada telefon terakhir yang telah disambungkan.

Jika sambungan gagal kerana telefon tidak dijumpai, headset akan memasuki mod pemasangan secara automatik (lampu biru dan merah memancar secara berselang-seli). Sila ikut langkah 3-6 di bawah. Jika headset tidak dipasangkan dengan mana-mana telefon dalam masa 2 minit, ia akan pergi ke mod “dihidupkan tetapi tiada sambungan Bluetooth” (lampu biru memancar secara berterusan). Anda boleh mematikan headset dan menghidupkan ia semula.

* Untuk maklumat keserasian terkini, sila kunjungi www.iqua.com.

81

Page 81
Image 81
Iqua manual Memasang BHS-701dengan telefon bimbit anda, Penggunaan kali pertama, Penggunaan kali seterusnya