Iqua BHS-701 manual Penjagaan dan Penyenggaraan

Models: BHS-701

1 112
Download 112 pages 1.51 Kb
Page 88
Image 88

untuk tempoh yang lebih daripada yang perlu kerana pengecasan berlebihan akan memendekkan jangka hayat bateri.

Jika dibiarkan begitu sahaja, lama-kelamaan, sebuah bateri yang dicas sepenuhnya akan ternyahcas sendiri.

Suhu yang ekstrem mungkin meninggalkan kesan ke atas keupayaan bateri untuk mengecas. Cuba kekalkan peranti dalam suhu antara 15 °C dan 25 °C (59 °F dan 77 °F). Kapasiti dan jangka hayat bateri akan berkurangan jika peranti ditinggalkan di tempat-tempat yang panas atau sejuk, misalnya di dalam sebuah kereta tertutup sewaktu musim panas atau sejuk. Peranti yang mempunyai bateri yang panas atau sejuk mungkin tidak akan berfungsi untuk seketika meskipun bateri telah dicaskan sepenuhnya. Prestasi bateri terhad khususnya dalam suhu-suhu di bawah paras beku. Jangan mengecas dalam persekitaran yang lembap.

Penjagaan dan Penyenggaraan

Jangan dedahkan peranti kepada cecair, kelengasan atau kelembapan kerana ia tidak kalis air.

Jangan guna atau storkan peranti di kawasan yang berhabuk atau kotor. Bahagian yang boleh digerakkan dan komponen elektriknya boleh mengalami kerosakan.

Jangan storkan peranti di kawasan-kawasan panas. Suhu yang tinggi boleh memendekkan jangka hayat peranti elektronik, merosakkan bateri dan meledingkan atau mencairkan plastik tertentu.

Jangan storkan peranti di kawasan-kawasan sejuk. Apabila peranti kembali kepada suhu asalnya, kelengasan boleh terbentuk di bahagian dalam peranti tersebut dan merosakkan papan-papan litar elektronik.

Jangan jatuhkan, ketuk, atau goncang peranti tersebut. Pengendalian secara kasar boleh memecahkan papan-papan litar dalaman dan juga bahagian mekanikal yang halus.

88

Page 88
Image 88
Iqua BHS-701 manual Penjagaan dan Penyenggaraan