Iqua BHS-701 manual Fungsi Panggilan, Menjawab panggilan, Menamatkan panggilan, Menolak panggilan

Models: BHS-701

1 112
Download 112 pages 1.51 Kb
Page 83
Image 83
Menamatkan panggilan

MS

Ada masanya headset berada di luar julat pengendalian Bluetooth (sehingga 10 meter, contohnya, apabila pengguna yang memakai headset berjalan menjauhi telefon), sambungan headset dengan telefon akan diputuskan dan pengguna akan terdengar nada amaran dari headset). Headset kini berada dalam mod “dihidupkan tetapi tiada sambungan Bluetooth” (lampu biru memancar dengan berterusan). Sebaik sahaja headset berada di dalam julat sekali lagi, tekan bebutang Pelbagai fungsi untuk beberapa ketika, sambungan akan dibuat semula. Jika headset berada di luar julat untuk kurang daripada 1 minit, ia akan bersambung semula dengan telefon secara automatik.

Fungsi Panggilan

Menjawab panggilan

Tekan bebutang Pelbagai fungsi seketika untuk menjawab panggilan masuk. Anda akan terdengar suatu bunyi apabila panggilan dijawab.

Menamatkan panggilan

Untuk menamatkan panggilan aktif, tekan bebutang Pelbagai fungsi seketika. Anda akan terdengar suatu bunyi apabila panggilan ditamatkan.

Menolak panggilan

Apabila anda menerima panggilan masuk yang tidak hendak dijawab, cuma tekan dan jangan lepaskan bebutang Pelbagai fungsi. Anda akan terdengar suatu bunyi apabila panggilan ditolak.

83

Page 83
Image 83
Iqua BHS-701 manual Fungsi Panggilan, Menjawab panggilan, Menamatkan panggilan, Menolak panggilan