Anda boleh mengurangkan risiko kerosakan pendengaran dengan mengikuti garis panduan keselamatan berikut.

1.Sebelum menggunakan produk ini, ikutilah langkah- langkah ini

-Sebelum memakai set kepala, alihkan kawalan kelantangan ke tahapnya yang paling rendah,

-Pakai set kepala, dan kemudian

-Secara perlahan-lahan laraskan kawalan kelantangan ke tahap yang selesa..

2. Semasa menggunakan produk ini

-Kekalkan kelantangan pada tahap yang serendah mungkin, dan elakkan penggunaan set kepala dalam persekitaran yang bising di mana anda mungkin cenderung untuk meninggikan kelantangan;

-Jika peningkatan kelantangan diperlukan, laraskan kawalan kelantangan secara perlahan-lahan;

-Jika anda mengalami ketidakselesaan atau dengungan di dalam telinga anda, segera hentikan penggunaan set kepala dan mintalah nasihat doktor..

Dengan penggunaan berterusan pada kelantangan tinggi, telinga anda mungkin menjadi biasa dengan tahap bunyi tersebut, yang mungkin mengakibatkan kerosakan kekal kepada pendengaran anda tanpa sebarang ketidakselesaan yang ketara..

MAKLUMAT KESELAMATAN!

-Penggunaan set kepala akan mengganggu keupayaan anda untuk mendengar bunyi-bunyian lain.. Berhati-hatilah ketika menggunakan set kepala anda semasa menjalankan sebarang aktiviti yang memerlukan perhatian anda sepenuhnya..

-Jika anda menggunakan perentak jantung atau mana-mana peranti perubatan yang lain, anda haruslah meminta nasihat doktor anda sebelum menggunakan peranti ini..

-Bungkusan ini mengandungi bahagian-bahagian kecil yang mungkin berbahaya kepada kanak-kanak dan hendaklah dijauhi daripada kanak-kanak.. Beg itu sendiri atau bahagian-bahagian kecil yang terkandung di dalamnya mungkin menyebabkan tercekik jika ditelan..

Bahasa Inggeris

Jabra bt2080

11

Page 476
Image 476
Jabra BT2080 user manual Maklumat Keselamatan, Semasa menggunakan produk ini